Bergantung Tak Bertali, Ini Tanda Anda Alami "Ghosting Relationship". Kena Sedia Hati Awal-Awal Ni.

Oleh: Zuzu Yasmine

Digantung tak bertali adalah satu perkara yang sangat melukakan sebenarnya. Anda tak tahu mana silap dan salah anda, malah anda sendiri tak sedar akan perubahan satu hubungan tersebut, tiba-tiba dia hilang tinggalkan anda tanpa penjelasan atau kata putus. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah anda masih berharap dan ternanti-nanti dirinya.

Sesiapa pun boleh terlibat dalam hubungan seperti ini, tidak kiralah anda baru bercinta, telah berkahwin ataupun dalam tempoh perkenalan. Tetapi, biasanya anda sudah boleh mengagak kalau-kalau pasangan anda itu telah berubah hati.


Tanda yang paling jelas adalah mereka tidak akan sama seperti mula-mula anda kenal. Jika pasangan anda seperti ini, segera awasi dan mula berjaga-jaga. Selain itu, ada juga tanda-tanda lain yang boleh anda lihat dan juga kenalpasti.

1. Suka batalkan temujanji.

Berjanji nak jumpa, nak lakukan pelbagai aktiviti bersama-sama tetapi akhirnya, dia yang pertama undur diri dari janji tersebut malah batalkan segala perancangan tidak menjadi. Biasanya ini akan berlaku apabila kalian telah lama dalam hubungan. Namun begitu, anda perlu lihat pula pada alasan yang diberikan, jika ada hal kecemasan, jangan pula syak wasangka pula.



2. Sudah mula kurang berkongsi.

Kalau dahulu masa baru-baru kenal, bukan main mudah lagi nak berkongsi, berbual serta nak bertukar pendapat. Tapi bila makin lama kenal ini, dia makin sukar nak berkongsi malah kadang kala sengaja senyapkan diri dengan tidak mahu membalas segala pesanan anda. Jika berlaku ini, maka anda sudah perlu bersedia.



3. Bukan keutamaan.

Kalau dulu pesanan anda akan sentiasa dibalas tapi kini mungkin hanya tinggal “seen” atau “bluetick” sahaja. Nampak tak perbezaannya dulu dan sekarang. Kalau dia rajin pun dia akan membalas sepatah dua patah sahaja. Dari situlah anda boleh tahu yang dia sedang bertukar arah.



4. Sentiasa sibuk.

setiap masa sibuk, tak sempat balas pesanan dikatanya sibuk. Tak ada masa buat anda pun dia kata sibuk. Segala alasannya akan dikaitan dengan kesibukkan yang ada. Jika dia sudah selalu sangat sibuk, memang dia tak akan ada masalah buat anda.

5. Tiba-tiba hilang.

Pesanan tak berbalas, tiada kahbar berita malah dia pun sudah mula menyepikan diri sahaja. Jika ini berlaku pada hubungan anda, maka itu tandanya dia sudah tak mahu terusakan hubungan kalian. Akan tetapi yang lebih teruk lagi adalah dirinya block anda di setiap media sosial, ini memang sudah jelas.

Jika anda berdepan dengan perkara ini, jangan bersedih lama sangat. Percayalah dia bukan yang terbaik buat diri anda. Bahkan yang terbaik sedang menanti anda dengan sabar, cuma tinggal waktu sahaja yang akan menentukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen