Nak Ada Bridesmaid Kena Bijak Padankan Warna, Ini Tips Pilihan Warna Agar Pengantin Tak Tengelam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang memiliki ramai kawan tentu sahaja ingin sematkan hari bahagia bersama dengan rakan-rakannya. Sebab itulah mula adanya bridesmaid ini. Sebagai rakan tentu ingin meraikan hari bersejarah rakannya, dan sebagai pengantin pula tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi kebahagiaan ini.


Bridesmaid ini lebih dikenali orang yang akan membantu pengantin mengurus dan melancarkan majlis pada hari tersebut. Dari mula hinggalah tamat majlis mereka membantu seperti majlis mereka sendiri. Ada yang memanggil bidesmaid bahkan ada juga yang memanggil seperi nama gadis dulang.

Paling mudah nak tahu yang mereka ini bidesmaid adalah dengan menggayakan pelbagai fesyen dan warna sedondon agar kelihatan cantik sama seri dengan si pengantin perempuan.



Bridesmaid ini dilantik oleh pengantin perempuan adalah bertujuan untuk membantu mereka melancarkan majlis perkahwinan dan penyeri semasa hari bahagia mereka. Selalunya bridesmaid dipilih dikalangan kawan baik pihak pengantin perempuan sendiri.

Namun begitu, kini ada juga yang sudah tidak membantu majlis tetapi lebih sibuk untuk menangkap gambar dan juga dengan gajet masing-masing. Sekejap-sekejap selfie, sekejap ambik gambar. Melaram mengalahkan pengantin.

Namun begitu, kadang kala kehadiran bridesmaid ini hanya akan membuatkan pengantin perempuan hilang seri malah lebih teruk lagi ada yang tenggelam. Mana tidaknya, pemilihan warna baju pengantin dan bridesmaid itu sendiri yang tidak sesuai.

Buat anda yang mempunyai perancangan untuk memiliki bridesmaid di hari bahagia, apa kata lihat saranan pilihan warna daripada Puan Mary ini.

“Warna baju bridesmaid sebaiknya melengkapi warna baju pengantin perempuan tanpa mengambil alih tumpuan terhadap pasangan raja sehari tersebut."
















Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen