Orang Lelaki Lebih Suka Single Bertahun-Tahun, Jangan Pelik Ini Sebab Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki biasanya adalah mereka yang paling relax dalam mencari jodoh. Di mana, mereka ini tidak membimbangkan faktor umur malah tak bimbang juga kalau nak kahwin lambat berbanding dengan orang perempuan. Namun begitu, bukan semua lelaki seperti itu. Ada juga yang mengimpikan untuk berkahwin awal malah berjumpa dengan seseorang yang tepat lebih awal.


Pernah atau tidak anda melihat lelaki yang single bertahun-tahun? Jarang bukan. Kalau ada pun tentu ada sebab tertentu yang menyebabkan mereka ini single bertahun-tahun tanpa sebab yang jelas. Tapi sebenarnya, anda boleh tahu mengapa dia lebih memilih untuk single berbanding bercinta.

1. Malas bercinta.

Mereka yang malas bercinta ataupun sudah serik dengan percintaan ini lebih memilih untuk single berbanding terlibat dengan hubungan yang tidak pasti. Bagi mereka, jodoh akan datang apabila tiba waktu yang tepat, jadi buat apa kejar sesuatu yang tak pasti.



2. Sentiasa bercakap mengenai bekas kekasih.

Bekas kekasihnya itu kejap ini, apa yang diluahkan adalah perkara yang buruk mengenai bekas kekasihnya. Biasanya lelaki seperti ini ada dua sebab sahaja, sama ada dia belum move on ataupun dia takut kalau jumpa orang yang sama seperti bekas kekasihnya.

3. Suka mengeluh.

Lelaki yang suka mengeluh ini sangat tidak selesa di sisi perempuan. Sebab itu mereka ini akan kerap kali kena reject apabila berjumpa dengan perempuan. Itulah punca dirinya single terlalu lama.



4. Tak suka mendengar.

Orang perempuan suka berkongsi dan suka bercerita, jadi dia perlukan pasangan yang rajin mendengar dan berkongsi cerita juga. Bagaimana kalau pasangannya tidak suka mendengar, tentu sahaja akan membuat ramai wanita menjauh. Lelaki suka mendengar ini gentlemen ya!

5. Sentiasa dengan game.

24jam bercinta dengan game atau hobi mereka, memang tak ada masa nak cari pasangan hidup. Kalau ada pasangan pun boleh lari sebab lelaki seperti ini lebih fokuskan game sahaja. Siapa yang boleh tahan.



6. Malas berkerja.

Ini juga salah satu sebab mengapa tiada wanita mendekatinya. Kalau berkerja biasa-biasa tentu wanita boleh menerimanya, akan tetapi kalau malas berkerja dan mengharapkan duit perempuan tentulah kena tinggal.

7. Malas mencari.

Berharap jodoh bergolek sendiri juga antara punya seorang lelaki itu kekal single bertahun-tahun lamanya. Mana tidaknya, nak jumpa jodoh ini perlu ada usaha, kalau anda malas cari macam mana nak jumpa.

Banyak sebab sebenarnya mengapa seorang lelaki itu single bertahun-tahun. Kadang kala ia berpunca dari sendiri bukannya sebab orang lain. Jadi jangan nak hairan sangat okay. Lagipun, orang lelaki ini makin tua makin laku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen