Orang Yang Berfikiran Positif Ini Lebih Cepat Jatuh Cinta, Hati-Hati Jangan Syok Sendiri Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berapa lama untuk jatuh cinta dan tersuka pada seseorang? Semuanya ini bergantung kepada individu sebenarnya, tetapi ada orang mampu jatuh cinta pandang pertama walaupun dengan seklipan mata seawal 2 minit. Pengalaman dan perjalanan hubungan seseorang tidak akan sama dengan orang lain. Ini kerana, mereka adalah orang yang berbeza-beza.


Ada orang kena kenal berbulan-bulan dahulu baru boleh jatuh cinta, ada orang dengar suara pun boleh jatuh cinta, itu belum lagi yang kena pikat memang jatuh cinta dengan mudah lah jawabnya. Cara setiap orang jatuh cinta pun dah berlainan, inikan pula nak melalui hubungan tersebut.



Berdasarkan seorang ahli terapi perhubungan, Aimee Hartstein, LSCW mengatakan bahawa tidak ada jawapan atau masa istimewa untuk seseorang jatuh cinta. Walau bagaimanapun, secara umumnya seseorang boleh jatuh cinta selepas empat minggu atau lapan minggu selepas mereka membincangkan perkara yang berkaitan cinta. Kita mungkin mempunyai perasaan pada pandangan pertama, tetapi ia memerlukan masa yang lebih lama untuk mengenal seseorang lebih mendalam dan cinta padanya.



Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masa seseorang jatuh cinta. Salah satunya ialah watak atau jenis personaliti orang itu sendiri. Seseorang yang sentiasa berfikir positif akan lebih mudah jatuh cinta.

"Pemikiran positif dapat meningkatkan jumlah cinta anda untuk pasangan untuk beberapa sebab," kata Yvonne Thomas, Ph.D., seorang psikolog di Los Angeles.

Yvonne Thomas menjelaskan bahawa apabila kita berfikir secara positif, lebih mudah bagi kita untuk memberi perhatian dan menghargai kekuatan yang wujud dalam pasangan yang kita cintai. Di samping itu, jika kita adalah jenis orang yang mudah berfikir secara positif, kita boleh menjadi lebih terbuka peribadi. Kita juga boleh meletakkan diri kita dengan lebih mudah untuk membuka hati kita.



Sudah tentu setiap orang mempunyai cara sendiri dan masa untuk jatuh cinta. Sesetengah orang mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta, tetapi ada yang mudah jatuh cinta dalam masa yang singkat. Namun begitu, perlu diingatkan jangan terlalu cepat sangat untuk jatuh cinta kerana mungkin ia akan menjadi salah satu beban kepada diri anda sendiri nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen