Kadang Kita Tak Tahu Usaha Mereka, Jangan Katakan Perkara Ini Kepada Mereka Yang Berusaha Mendapatkan Zuriat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mereka yang berkahwin tentu sahaja ingin memiliki anak mereka sendiri, iaitu darah daging mereka yang menjadi bukti cinta mereka. Tetapi itulah, bukan semua orang bernasib baik dalam rezeki ini. Walaupun berkahwin awal atau lewat, tapi bila dikatakan belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata, maka mereka perlu menunggu dengan sabar.

Kadang kala mereka ini dah berusaha macam-macam, dari yang moden sampailah cara kampung. Tapi belum ada rezeki untuk mereka. Bukan itu sahaja, bila dah cuba macam-macam ini, mereka dah mula belajar untuk redha dan juga sabar. Mereka cuba menikmati bahagia tanpa kehadiran anak lagi.


Tapi bila mereka ini bahagia dan tidak terganggu dengan hal-hal seperti ini, orang lain yan melihat pula rasa macam tak kena dan sakit mata. Mereka pula yang banyak tanya sehingga tak sedar ia melukakan pasangan tersebut.

Buat makcik-makcik bawang, anda perlu tahu emosi mereka yang belum memiliki anak ini lebih sensitif berbanding wanita biasa. Jadi jangan tanya perkara yang melukakan hati mereka, seperti contoh di bawah ini.



1. “Bila nak ada anak? Rancang la tu?”

Soalan seperti ini mudah sangat nak dapat bukan? Pernah atau tidak anda fikir bahawa mereka ini bukan merancang tetapi masih belum ada rezeki lagi buat mereka. Soalan seperti ini sangat melukakan hati buat mereka, nak-nak lagi si isteri.

2. “Seronok tak ada anak, tak ada siapa kacau.”

Siapa sahaja tidak mahu keseronokkan melihat anak-anak bermain dan buat sepah. Tetapi disebabkan belum ada rezeki mereka masih belum dapat nikmati perkara itu. Ada sepatutnya bersyukur sebab memiliki anak berbanding mereka yang belum.

3. “Kurang berusaha kot, sebab itu tak ada lagi.”

Bab usaha ini ramai yang selalu tak nampak dan tak tahu. Anda tidak boleh mempersoalkan perkara ini. Mana tidaknya, boleh jadi dia dah berusaha dengan gigih tetapi masih sahaja belum diberi rezeki. Jadi jangan nak persoalkan usaha seseorang.



4. “Seronok ada anak-anak ni, tak la bosan dekat rumah.”

Mana-mana pasangan suami isteri tentu sahaja mahu rumah mereka dihasi dengan tawa dan tagisan anak-anak tetapi sebab belum ada rezeki mereka masih belum dapat rasai perkara itu. Anda seharusnya bersyukur bahawa anak-anak menjadi penyeri rumahtangga anda.

5. “Siapa yang ada masalah?”

Siapa yang menjadi punca itu bukan perkara yang penting untuk anda tahu. Adalah lebih baik anda menjaga hubungan anda sendiri berbanding ambil tahu mengenai rumahtangga orang lain. Bukan ke itu lebih baik.

6. “Tak pergi berubat ke?”

Tidak semua perkara perlu dicanang sehingga anda ketahuinya. Nanti anda akan kata mereka sengaja nak menunjuk pula. Jadi lebih baik kalau biarkan sahaja hal mereka. Pandai-pandai mereka lah nak nak pergi berubat atau tidak, itu bukan hal anda.

Isu anak ini adalah sangat sensitif buat pasangan yang berkahwin terutama isterinya. Mungkin hari ini anda lihat dirinya tidak memiliki anak tetapi mana tahu esok lusa anda lihat anaknya yang berjaya malah ingat orang tuanya. Siapa tahu bukan? Jadi biarkan Allah yang menentukan rezeki mereka ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen