Orang Lelaki Bila Baru Bergelar Ayah, Dia Punya Teruja Itu Lain Macam. Yang Keras Pun Boleh Cair Bila Lihat Anak Sendiri Kali Pertama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki bila mereka ini mula bergelar jadi bapa memang nampak begitu teruja sebenarnya. Nak-nak lagi kalau dapat anak seperti yang dia mahukan. Dia punya teruja itu lebih jelas berbanding ibu yang melahirkan. Dari situlah akan terpancar sikap kebapaan mereka yang sebenar.


Tidak semua orang anggap memiliki anak ini mimpi ngeri buat mereka, ada yang sangat teruja menunggu kelahiran anak mereka. Apabila mempunyai anak buat kali pertama, ada beberapa perubahan yang kelakar dapat anda perhatikan dari seorang lelaki.

1. Memuat naik gambar anak.

Bagaikan menerima anugerah, mereka sangat bangga memuat naik gambar anak mereka. Nak-nak lagi kalau anak mereka ini mempunyai pelbagai ragam. Di sini, mereka seperti telah menjadi lelaki sebenar kerana telah memiliki anak bahkan mereka juga berbangga kerana telah bergelar bapa. Siapa yang tak teruja bukan anak sendiri kot.



2. Ambil gambar bersama anak.

Bukan senang nak tengok orang lelaki tersenyum dengan kanak-kanak, tapi bila dah jadi bapa mereka ini akan sentiasa ingin bergambar dengan anak mereka. Kejap-kejap ambil gambar sebab takut rindu di tempat kerja nanti. Macam orang baru bercinta pula.

3. Bijak membantu uruskan anak.

Walaupun bukan semua, tetapi anda boleh lihat kalau lelaki itu begitu sayangkan anak dan isterinya, dia akan membantu menguruskan anaknya sendiri. Anda boleh lihat dia tak kekok untuk tukar lampin serta dodoikan anaknya. Memang ayah contohlah.



4. Bila berjauhan, sentiasa nak video call.

Bila rindu atau di tempat kerja, dia akan sentiasa rindukan anaknya. Mulalah rasa nak balik ke rumah atau nak lakukan video call. Kadang kala boleh tengok mereka ini macam angau dengan anak sendiri tetapi sebenarnya tak puas bermain dengan anaknya.

5. Lebihkan anak.

Kalau baru anak seorang tentu dia yang berjaya tawan hati bapanya. Seorang ayah selalu akan lebihkan anaknya dahulu berbanding isterinya sendiri. Nak-nak lagi kalau anaknya itu perempuan, memang ayah jadi rebutan ibu dan anaklah jawabnya.

Lelaki ini bila dia dah bersedia nak pikul tanggungjawab dan menjadi bapa, anak akan lihat perubahan yang matang dalam dirinya. Malah kadang kala anda tak sangka pun yang dia mahir dalam melayan dan majaga anak ini. Bila dah ada anak barulah nampak semuanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen