Bila Terasa Hubungan Agak Renggang, Mula Rasa Give Up. Sedangkan Inilah Masa Untuk Anda Tunjukkan Usaha Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai pasangan yang cepat give up apabila hubungan yang mereka jalinkan itu telah renggang. Tidak kiralah pasangan suami isteri, mereka yang bertunang ataupun ketika dalam tempoh berkenalan. Ini kerana, apabila saat hubungan yang renggang itu mula menyerang, ramai yang mula merasakan bahawa pasangan sudah tidak seperti dahulu. Sedangkan, kedua-duanya tidak ada usaha untuk memperbaiki hubungan yang terbina.

Hubungan ini, apabila terasa lain seperti renggang, pasangan acuh tak acuh anda kena segera ambil tindakan jika anda sayangkan hubungan tersebut. Bukannya anda tunggu dan berharap bahawa hubungan kalian akan pulih dengan sendirinya. Tetapi anda perlu ambil tindakan untuk selamatkan hubungan tersebut.


Jadi apa yang perlu anda lakukan apabila hubungan mula renggang?

1. Mula berkomunikasi akan masalah yang timbul.

Mula lakukan perbincangan bersama pasangan anda. Di mana, perbincangan itu lebih mengenai kenapa hubungan anda sebegini. Adakah ia hanya dirasai diri anda sahaja ataupun pasangan anda juga rasakan perkara yang sama. Maka dengan itu cuba cari tahu punca bersama-sama, barulah ada usaha selamatkan hubungan.



2. Berfikiran lebih terbuka.

Kadang kala ia hanya sekadar perasaan anda sahaja. Di mana, pasangan anda mungkin agak sibuk, sedikit penat atau ada urusan yang perlu diselesaikan. Maka perhatiannya beralih arah. Sebab itu anda rasakan bahawa kalian sudah renggang, sedangkan tidak ada apa pun.



3. Luahkan apa yang anda terluka.

Pasangan tidak akan tahu apa yang menganggu anda. Maka dengan itu, jika ada rasa yang tak puas hati, rasa terluka, atau rasa ingin tahu, segera luahkan dan terangkan kepadanya dengan harapan ia dapat menjernihkan keadaan dan tenangkan hati anda. Jika dilanjutkan sebegitu, anda mungkin akan tawar hati sendiri.



4. Fikir hala tuju hubungan.

Jangan cepat sangat give up dengan hubungan anda. Fikir hala tuju hubungan anda malah cuba cari cara untuk pertahankannya selagi si dia bukan melakukan kesalahan yang membuat hati anda terluka atau tawar. Jika itu hanya sekadar perasaan anda, maka segera pertahankan jangan biarkan ia berlanjutan.

Kadang kala, hubungan terlalu lama membuatkan kalian berdua terasa renggang kerana semua perkara sudah menjadi rutin biasa, malah anda juga sudah saling kenal antara satu sama lain. Boleh jadi ia hanya sekadar perasaan sahaja yang anda sendiri tidak dapat mengawalnya. Fikir dalam-dalam sebelum anda membuat keputusan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen