Amalkan Surah Yusuf Setiap Hari, Kalau Nak Wajah Cantik Berseri. Baik Yang Masih Bujang Atau Sudah Berkahwin, Tak Rugi Mengamalkannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik serta kekal cantik apabila dipandang orang lain. Kalau ada cara untuk menjadi cantik dengan mudah, tentu wanita akan sanggup beratur panjang demi perkara tersebut. Wanita dan kecantikan ini memang tidak boleh dipisahkan.

Selain melakukan rawatan muka, menggunakan skincare yang bersesuaian, ada juga cara lain yang merawat kecantikan ini dari dalam. Salah satunya adalah amalan dia yang boleh diamalkan setiap hari dalam kehidupan harian.


Buat anda yang mengidamkan wajah yang berseri dan juga cantik, boleh amalkan sepotonh ayat daripada Surah Yusuf ini.



“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”

Maksudnya;
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk hormat kepadaku”



Selepas selesai ayat ini, jangan dilupa untuk sertakan sekali dengan ayat Thaahaa ayat 39.



“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya;

“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/diperlihara di bawah pengawasanku.”

Cara amalannya;

1. Dibaca 3 kalu kemudian sapu ke muka.
2. Amalan ini juga sesuai buat mereka yang berat jodoh.

Ketika membaca ayat ini, jangan lupa untuk menjarakkan sedikit ayat tersebut. Suruh Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Selain untuk mendapatkan wajah yang berseri, doa ini juga mempu membuat suami semakin sayang pada isterinya.
Setiap kali berjumpa dengan kekasih, suami atau isteri, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.

Tak perlu dibaca dengan kuat, tetapi cukup sekadar dibaca di dalam hati. Selain itu, untuk dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini selepas solat sebanyak 3 kali.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen