Perempuan Kena Ambil Tahu Akan Ciri-Ciri Lelaki Suka Main Kayu Tiga, Barulah Tak Terkena Dikemudian Hari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemilihan pasangan ini biasanya dilakukan dengan penuh ketelitian. Di mana, tentu anda mahu hubungan yang terbina itu mampu berkekalan selamanya malah menjadi satu hubungan yang halal. Mana tidaknya, kalau asyik tak jadi je hubungannya macam mana nak dapat pasangan hidup bukan.

Walaupun kalian masih dalam tempoh berkenalan dan bukannya bercinta lagi, tetapi sebenarnya penting untuk anda ketahui dan kenali si dia. Mana tidaknya, kalau selepas ini tidak bercinta tetapi terus kahwin, anda tak kenal dirinya dengan secukupnya malah anda juga tak peka dengan ciri-ciri dirinya.


Bukannya suruh berikan hati anda padanya ketika tempoh perkenalan ini, tetapi lebih untuk anda berjaga-jaga dengan sikap dan kelakukan si dia. Nak-nak lagi kalau sikap suka berlaku curang, ataupun main kayu tiga. Mesti anda tak nak terlibat dengan mereka yang seperti ini bukan?



1. Tak suka dikacau telefon bimbitnya.

Paling banyak rahsia tentu sahaja telefon bimbit, malah telefon bimbit adalah yang paling dekat dengan dirinya, sebab itu di situ yang paling banyak simpan segala rahsia. Jika si dia tak benarkan anda menggunakan telefon bimbitnya ataupun selalu sembunyikan ia, ada sesuatu yang sedang dia sorokkan. Mana tidaknya, dia takut kantoi atau dia bimbang kalau-kalau anda tahu rahsia dirinya.

2. Ayat-ayat manis.

Mulut lelaki ini sememangnya manis sentiasa, tetapi anda perlu bijak untuk ketahui sama ada itu adalah ikhlas ataupun tidak. Biasanya lelaki mulut manis ini memang mudah nak simpan dua tiga dalam diam. Mana taknya, dengan ayat manisnya anda pun boleh terpukau dan tertipu.



3. Kurang baik dengan ibunya.

Lelaki yang tidak menghormati ibunya, cenderung untuk alami kesukaran dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Sekiranya dia berkelakuan buruk dengan ibunya, maka tidak mustahil untuk dia melakukan hal yang sama pada orang lain. Sebab itulah, anak emak ini sentiasa memberi layanan yang elok pada pasangannya.



4. Miliki beribu alasan.

Mungkin bagi anda alasan adalah satu perkara yang biasa untuk menutup salah atau menjaga hati. Tetapi, jika terlalu banyak alasan sampai anda jemu dengan segala alasannya itu, ketahuilah bahawa itu sekadar alasan untuk menutup segala syak wasangka yang timbul dalam diri anda.

5. Dia merasakan dia yang berkuasa.

Anda boleh lihat dalam hubungan kalian, dia yang cuba untuk menguasai anda. Malah dia ingin menunjukkan bahawa dia lebih bagus dan hebat dari anda. Di sinilah dia mula melakukan kerja-kerja ini.

Banyak ciri yang boleh anda perhatikan, jika anda terjumpa mereka yang seperti ini, jangan cepat sangat nak melenting. Cuba untuk angkat kaki secepat mungkin dan jangan pedulikan mereka lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen