Cemburu Yang Berlebihan Kadang Hanya Akan Timbulkan Pertengkaran, Amalkan Doa Ini Untuk Kawal Rasa Cemburu Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai perasaan cemburu, nak-nak lagi perasaan cemburu terhadap orang yang disayangi. Nak-nak lagi buat pasangan yang berkasih sayang seperti suami isteri, perasaan cemburu ini kadang kala boleh memberi pengaruh terhadap hubungan yang dibina.

Perasaan cemburu ini adalah perkara biasa apabila anda takut kehilangan seseorang yang dikasihi. Namun begitu, walaupun cemburu ini dikatakan sayang, tetapi anda perlu bijak untuk kendalikannya dengan betul. Kalau terlalu ikutkan perasaan cemburu ini, boleh jadi hubungan kalian akan berdepan dengan masalah.


Namun begitu, perasaan cemburu yang berlebihan ini kadang kala akan menjadi satu masalah dalam hubungan. Ini kerana, ia akan menimbulkan syak wasangka, hilang kepercayaan serta ragu-ragu dengan pasangan sendiri hingga akhirnya menjadi punca pertengkaran dan perpisahan.



Biasanya, wanita lebih cenderung untuk cemburu ini berbanding lelaki. Bila mana seorang wanita itu cemburu, dia tidak dapat menutup perasaan cemburunya jika nak dibandingkan lelaki yang bijak untuk sembunyikan perasaan tersebut.

Apabila rasa cemburu sedang menguasi hati anda, segeralah beristighfar, malah jika anda tidak mampu kawal hati anda, amalkan doa ini agar perasaan cemburu dapat dikawal.



Bismillah, Allahumma daawini bidawaaika, wasyfini bisyifaaika, wa aghnini bifadhlika 'amman siwaaka, wahdzar' anni aadzaka

"Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah ampuni aku dengan pengubatan Mu, dan sembuhkanlah aku dengan kesembuhan Mu. Cukupikan aku dengan karunia Mu, jangan sampai aku meminta kepada selain Mu, dan jauhkanlah aku dari penyakit Mu."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen