Hati-Hati Sikap Anda Ini Boleh Buat Seseorang "Give Up" Mendekati Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada peringkat awal perkenalan, biasanya seseorang itu akan berusaha keras untuk dapatkan hati anda. Nak-nak lagi jika anda memberi ruang serta green light untuk dirinya mendekati anda. Setiap usahanya itu sudah tentu ingin berjaya memiliki serta menambat hati anda dengan sebaiknya.

Namun begitu, kadang kala sikap anda sendiri yang menjadi punca mengapa dirinya itu mula menjarakkan diri serta tidak menunjukkan usaha-usaha yang sama seperti diawal perkenalan kalian. Bukan kerana dirinya berubah hati atau telah jumpa orang lain tetapi sikap anda yang acuh tak acuh itu yang membuat dia menjauh.


Kadang kala, bila seseorang telah berusaha manakala anda pula tidak begitu serius dengan usahanya tentu sahaja akan membuatkan dirinya give up lalu mengundurkan diri. Anda beberapa sikap yang membuatkan seseorang mengalah dengan cepat akibat sikap anda sendiri.

1. Sentiasa bermesra dengan mereka yang berlainan jantina.

Hati siapa yang tak terluka apabila melihat orang yang dia sukai bermesra dengan orang lain. Malah boleh jadi lebih mesra dari dirinya sendiri. Bukan itu sahaja, boleh jadi dia akan beranggapan bahawa anda akan begitu mesra dengan ramai orang sama seperti ini. Jika terus begini, dia pun akan tawar hati dengan anda.



2. Sukar untuk dihubungi.

Setiap kali hantar pesanan tidak berbalas, call tak berjawab. Namun, media sosial selalu online dan sentiasa update, siapa sahaja yang tak kecil hati sebegini. Tentu lama ke lamaan jika dilayan sebegini terus akan membuatkan dirinya rasa tidak dihargai.

3. Selalu janji tapi tak tunaikan.

Berjanji ini memang mudah, tapi nak tunaikan janji ini yang payah sebenarnya. Sama juga dengan kalian berdua. Anda sentiasa berjanji dengan dirinya tapi bila sampai masa anda pula tak mampu tunaikan apa yang anda janjikan. Siapa yang tak tawar hati kalau begini, untuk sekali dua mungkin boleh diterima tetapi jika berulang kali tentu sahaja dia akan kecil hati.



4. Tak menyenangkan hati.

Cara layanan anda terhadap dirinya pun kadang kala akan memberi kesan juga. Nak-nak lagi kalau anda ini sikap acuh tak acuh serta dingin sahaja melayani dirinya. Tentu sahaja dia akan merasa tidak selesa dan makan hati dengan sikap anda. Lama-lama tentu dia pun undurkan diri.

5. Selalu minta barang yang mewah.

Apabila seseorang tak mampu tunaikan apa yang anda inginkan, dia akan merasakan bahawa dirinya itu tidak layak dan serasi bersama anda. Itu yang membuatkan dirinya mula menjauhkan diri dari anda. Sepatutnya, anda perlu tahu kemampuan dirinya, jangan sengaja memaksa dirinya melakukan sesuatu yang luar kemampuan.

Jangan mudah menyatakan seseorang itu cepat putus asa untuk mendekati dan memiliki anda, sedangkan anda sendiri tidak memberi kerjasama yang baik serta menyukarkan dirinya. Jangan memberi peluang jika anda tidak mahu akan dirinya. Lebih baik jujur dan berterus terang dan tidak memberi harapan yang akhirnya mengecewakan orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen