"Berkawan Dengan Bukan Mahram Ada Hadnya..." Mana Boleh Suka-Suka Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum kahwin, sememangnya anda bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Baik nak kawan dengan sesama jantina atau berlainan jantina itu bukan satu masalah buat anda. Namun begitu, selepas anda berkahwin, berkawan dengan mereka yang berlainan jantina ini adalah perkara yang perlu dihentikan dengan segera walaupun apa pun alasan yang anda berikan.


Lebih baik kalau anda memfokuskan kepada rakan-rakan yang sama jantina dan juga telah berumahtangga. Itu lebih membantu diri anda serta lebih memahami anda sebenarnya. Walaupun sekadar rakan sepejabat, adalah tidak digalakkan sebenarnya untuk terlalu rapat dengan rakan yang berlainan jantina. Banyak buruk dari baiknya.



Antara keburukan yang anda perolehi adalah;

1. Mendatangkan fitnah.

2. Timbul syak wasangka pasangan.

3. Boleh terjerumus ke arah zina.

4. Tidak menjaga hati pasangan.

5. Mengganggu keharmonian rumahtangga.

6. Pergaulan yang tak berbatas.

Walau apa pun alasan yang anda berikan kepada pasangan anda, itu tidak menjamin apa-apa kerana anda tidak tahu bila anda akan terhanyut dan termakan dengan pujuk rayu seseorang. Sebab itulah, lebih baik anda mejauhkan serta mengelakkan perkara ini berlaku berbanding anda sendiri yang membuka ruang kepada perkara ini berlaku.



Seperti nasihat yang diberi oleh Firdaus Shakirin ini ada betulnya sebenarnya. Berkawan dengan mereka yang berlainan jantina adalah sesuatu yang mengarut serta tidak mendatangkan faedah kepada rumahtangga anda.

Berkawan berlainan jantina atas alasan "suka-suka" adalah sesuatu yang mengarut. There's no benefit gain from that kind of relationship especially when you are married.

"Alah, kawan ja pun, suka-suka, bukan ada apa-apa pun"

Bukan ada apa-apa pun? Really?

Had seorang kawan ni, bukan sampai tahap perlu panggil sayang, perlu cakap rindu, perlu mesej 24 jam, perlu komen mesra-mesra, perlu like dan up to date dengan setiap status dia. Itu bukan namanya kawan lagi dah. Itu dah lebih... bila ditegur, alasan yang diberikan ialah tak de apa-apa pun, "kawan ja".

Jika anda sayangkan relationships yang anda dah ada, yang halal, maka tinggalkanlah "kawan" anda untuk kebaikan diri anda, pasangan anda dan hubungan anda. Berkawan dengan bukan mahram ada hadnya. Jangan ikut perangai syaitan dan matlamat tak menghalalkan cara.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen