Ada Baiknya Kalau Dijodohkan Dengan Pilihan Ibu Bapa Anda, Jangan Cepat Sangat Tolak Lamaran Itu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu datang dari pelbagai cara. Ada orang mungkin berjodoh dari rakan sekolahnya, ada juga yang berjumpa di laman mencari jodoh bahkan ada juga yang dijodohkan oleh ibu bapanya. Jodoh itu memang tak diduga bukan.

Akan tetapi, ada lagi ke sekarang ini mak ayah carikan jodoh buat anak-anak mereka. Ini kan dah zaman moden, mana ada lagi paksa-paksa kahwin ini lagi. Mungkin bagi anda tidak ada tetapi boleh jadi ia masih lagi berlaku di luar sana. Siapa tahu bukan?


Kalau tak paksa kahwin sekali pun, tentu ada pilihan mak ayah yang berkenan lalu menyuruh anda untuk berkawan sahaja. Ada bukan perkara ini? Tapi jangan tolak terlalu awal ataupun jual mahal sangat, takut nanti anda sendiri yang rugi.

Ada baiknya sebenarnya kalau ibu bapa anda turut membantu anda untuk mencari pasangan hidup ini. Mana tahu serasi dan sesuai, tentu ia satu perkara yang baik bukan? Berikut adalah beberapa perkara baik yang patut anda tahu.



1. Berkenalan dengan mereka yang serius.

Kalau dia berani jumpa ibu ayah anda, tentu dia seorang yang serius untuk berkahwin. Jadi anda tak perlu bimbang akan dirinya yang tak ada niat nak kahwin atau sekadar nak bercinta sahaja. Yang datang itu, tentu bersungguh untuk menjadikan anda sebagai pasangannya.

2. Tak takut untuk dikecewakan.

Paling menarik adalah anda tidak perlu takut untuk dikecewakan dengan cinta bertepuk sebelah tangan ataupun hubungan yang tidak menjadi. Ini kerana, pilihan ibu bapa tentu sahaja adalah pilihan yang terbaik buat diri anda bahkan hubungan tersebut tentu sahaja akan menjadi satu permulaan yang baik.



3. Jodoh terbaik adalah pilihan ibu bapa.

Ibu bapa mana yang tidak mahukan pasangan yang baik buat anak-anak mereka. Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anak mereka bahagia bukan. Jadi percayalah bahawa pilihan ibu bapa adalah yang terbaik buat diri anaknya.



4. Andai kata tak ada jodoh, tidaklah begitu terluka.

Mana tahu dalam tempoh berkenalan atau pertunangan, anda dan pilihan ibu bapa ini tidak ada jodoh yang panjang. Maka tentu ia bukan satu perkara yang melukakan hati anda. Mana tidaknya, anda pun belum seratus peratus serahkan hati anda padanya bukan...

5. Tentu dapat restu.

Tak perlu nak minta restu, tentu-tentu restu mereka ini sudah anda miliki berbanding dengan pasangan yang anda cari sendiri. Jadi tak perlu bimbang akan restu, cuma perlu perhatikan akan perkara lain sahaja.

Ramai yang tidak mahu ibu bapa masuk campur dalam urusan mencari jodoh kerana mahu cari sendiri. Akan tetapi kalau dah banyak kali hubungan tak berjaya, tak salah kalau minta ibu ayah tolong carikan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen