Antara Lelaki & Perempuan, Siapa Lagi Suka Check Telefon Bimbit Pasangan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Telefon bimbit adalah rahsia yang paling banyak tersimpan di dalamnya. Dari perkara yang biasa sehingga hal yang peribadi tidak mustahil boleh anda jumpa di dalam telefon bimbit seseorang. Sebab itulah, ramai yang merasakan ruang peribadi mereka terganggu apabila telefon mereka dicerobohi atau diperiksa.

Namun begitu, buat pasangan yang sudah berkahwin atau sedang hangat bercinta, sudah tentulah kena sentiasa siap sedia untuk mendedahkan si telefon bimbitnya kepada pasangan. Jika tidak diberikan, kemungkinan akan dituduh curang, menipu, main kayu tiga dan lain-lain lagi. Itu lebih membimbangkan!


Ada orang juga berpendapat bahawa, seseorang yang mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangannya sahaja tidak akan memeriksa telefon bimbit pasangannya. Bahkan, biasanya wanita yang kerap kali dikaitkan dengan tindakan suka menceroboh dan memeriksa telefon bimbit pasangan ini.



Betul ke orang perempuan yang kerap periksa telefon bimbit pasangan ini?

Satu tinjauan telah dilakukan oleh Mobilephonechecker.co.uk, daraipada seramai 2,081 warga Britain untuk mengukur kepercayaan pasangan dalam hubungan mereka telah membuktikan sebanyak 62% lelaki dan 34% wanita telah memeriksa telefon bimbit pasangan mereka.

Lelaki lebih kerap memeriksa telefon bimbit pasangan mereka.



Dengan kata lain, kebanyakan lelaki adalah orang yang cuba melakukan pemeriksaan dan cerobohan dalam telefon bimbit pasangan dengan lebih kerap tanpa kebenaran pasangannya. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi, rata-rata menyatakan cemburu adalah sebab utamanya.

Sebanyak 89 peratus mengatakan bahawa sebab mereka untuk memeriksa telefon bimbit pasangan kerana mereka ingin tahu sama ada pasangan mereka berkomunikasi dengan orang lain secara romantik atau tidak. Mereka mengesyaki penipuan pada pasangan mereka.

Ternyata cemburu lelaki terhadap pasangannya lebih besar dari wanita. Tetapi tentunya tahap kecemburuan setiap orang adalah berbeza, baik jika dibincangkan dengan pasangan anda untuk mengatasinya.

Apa-apa pun, kadang kala pemeriksaan ini perlu dilakukan sekali sekala. Barulah pasangan tidak membuat apa-apa yang membelakangi anda atau melukakan hati anda. Tapi jangan lupa untuk meminta keizinan dan jangan lakukan secara paksa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen