Lelaki Selalu Tak Faham Wanita. Ini Tips Biar Lelaki Memahami Anda Dengan Lebih Mudah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana perempuan tentu akan bahagia jika berjumpa dengan seseorang yang dapat memahaminya dengan baik. Tanpa perlu bermasam muka atau merajuk lama-lama, tentu si jejaka berjaya menjernihkan suasana. Akan tetapi ada ke lelaki seperti itu?

Jujur sahaja perempuan ini ingin selalu difahami oleh pasangan mereka. Akan tetapi lelaki ini paling sukar untuk mengerti orang perempuan. Mana tidaknya, orang lelaki ini mana boleh membaca fikiran dan perasaan orang perempuan, mereka ini buat ahli nujum.


Jadi apabila anda inginkan pasangan mengerti dan memahami anda dengan baik, maka kenalah anda lakukan beberapa perkara buat mereka agar mereka lebih mudah faham. Banyak perkara sebenarnya membantu lelaki memahami anda.



1. Beritahu apa yang anda rasakan.

Orang lelaki ini tak akan tahu apa yang anda rasakan, maka dengan itu cuba untuk beritahu mereka apa yang anda rasakan. Kalau rasa macam dia curang ke, rasa macam dia dah berubah ke, bagitahu terus. Tak payah nak tunjuk emosi dan tiba-tiba bermasam muka. Lain pula jadinya nanti.

2. Luahkan apa yang anda inginkan.

Bila nak sesuatu, bagitahu pasangan anda. Nak makan dekat mana ke, nak makan apa ke, bagitahu pasangan anda. Jangan bermain teka teki dengan mereka ini, nanti ia akan menyakitkan hati anda sendiri. Lebih mudah kalau beritahu barulah dia pun boleh tunaikan apa yang anda mahu.



3. Menikmati masa yang berkualiti.

Meluangkan masa bersama ini sebenarnya bagus untuk pembentukan hubungan anda. Apabila semakin banyak masa yang diluangkan bersama, kalian berdua akan lebih mudah untuk mengenali antara satu sama lain malah membantu memahami pasangan serta bahasa tubuhnya.

4. Jangan cuba untuk lari atau mendesak.

Apabila rasa macam tidak difahami atau ada masalah, jangan cuba untuk lari atau mendesak dirinya untuk faham. Akan tetapi terangkan dan jelaskan kepadanya apa yang mengganggu anda. Jika inginkan masa bersendirian pun beritahunya dengan jelas.



5. Selesaikan satu persatu.

Memahami antara satu sama lain ini bukan satu perkara yang mudah sebenarnya. Anda kena cuba selesaikan satu persatu masalah yang mendatang pada hubungan kalian barulah kalian mampu memahami antara satu sama lain. Jangan bila ada masalah mula lepas tangan atau terlalu ikut emosi.

Sebagai seorang perempuan kadang kala kita jangan terlalu mengikut perasaan akan tetapi cuba untuk lebih rasional terhadap pasangan kita. Barulah hubungan yang terbina itu lebih kuat serta mampu bertahan lebih lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen