5 Pertemuan Jodoh Yang Tak Disangka-Sangka, Korang Dah Ready Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini memang satu teka teki yang anda tidak boleh duga bukan. Siapa dia, di mana kalian akan berjumpa ataupun bila itu semua perkara yang anda tidak tahu. Apa yang anda tahu, bila sampai masanya, anda akan berjumpa dengan jodoh yang tepat buat diri anda.

Ketika bergelar bujang ini, bagi anda tentu jodoh ini perlu dicari. Mana tahu bila pergi melancong anda berjumpa dengannya, ataupun terlanggar bahu di jalan itulah jodoh anda. Bila fikir mengenai jodoh ini ia sesuatu yang tak disangka dan dijangka. Tapi itulah yang membuatkan anda ternanti-nanti akan jodoh anda.


Bagaimana kalau anda berjumpa dengan jodoh anda di 5 situasi ini. Mana tahu dia itu bakal teman anda hingga ke hari tua.



1. Rupanya dia kawan baik anda sendiri.

Kawan baik antara dua jantina yang berlainan ini bukan satu perkara yang asing lagi sebenarnya. Mula-mula berjanji kawan sampai kahwin tapi rupanya-rupanya, dia sememangnya kahwin dengan diri anda. Haaa... siapa tahu BFF anda itu bakal jodoh anda sendiri.



2. Kawan lama yang bertemu kembali.

Berkenalan di saat sekolah rendah, menengah mahupun di universiti, tapi dulu hanya sekadar kawan biasa sahaja. Tapi apabila berjumpa kembali ini, rasa terdetik pula ingin menjadikan dia pasangan hidup. Siapa tahu kalau jodoh anda itu adalah rakan lama anda sendiri, nak-nak kalau dulu anda penah menaruh hati padanya. Haaa, lagi lah tak jangka.



3. Berjumpa dari laman cari jodoh.

Sekarang ini dah macam-macam laman cari jodoh, bukan itu sahaja media sosial pun boleh dijadikan cara untuk mencari jodoh. Rupanya, selama ini jodoh yang anda cari ada di laman mencari jodoh rupanya. Jadi tak sia-sialah anda daftar ke laman itu.



4. Jodoh pilihan ibu bapa.

Mungkin ada orang berpeluang memilih jodoh sendiri, tapi ada juga yang ibu bapa pilihkan buat anak-anaknya. Tapi siapa sangka, pilihan ibu bapa anda itu sememangnya jodoh yang sudah tertulis buat anda. Walaupun gaya ini agak ketinggalan zaman, tapi kalau itu jodoh anda siapa yang boleh tolak bukan?



5. Orang yang pernah anda selisih faham.

Yang ini paling rare, kalian pernah selisih faham dan bergaduh hanya kerana kecil tapi kini dia menjadi teman anda hingga ke hari tua. Haaa, ini paling terkejut dan kelakar kalau kalian cerita pada anak cucu nanti. Orang kata jangan benci lama-lama sangat, kan dah jadi suami isteri.



6. Bekas kekasih rakan.

Ini kalau rakan anda masih belum move on memang boleh jadi gaduh, tapi itulah bukan jodoh dia tapi jodoh anda rupanya kekasih hatinya ini. Jadi nak buat macam mana kalau tak terima sahaja dengan hati yang terbuka.

Jodoh ini anda tak boleh duga siapa pun dia, tapi anda dah bersedia ke nak jumpa dengan dia dalam situasi yang tak dijangka?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen