Awas Si Dia Yang 'Fake', Sekadar Ingin Didekati Bukan Untuk Dikahwini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau boleh setiap orang inginkan sekali perkenalan terus bercinta lalu kahwin hingga bahagia. Akan tetapi perkara ini bukan satu yang mudah, nak-nak lagi untuk berjumpa dengan pasangan yang ikhlas serta mempunyai niat yang baik terhadap diri anda. Sebabnya, orang ini rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.

Ada yang datang mungkin sekadar untuk menguji anda, bahkan ada juga yang datang sekadar untuk mempermainkan anda. Semuanya ini adalah di luar jangkaan yang selama ini anda ingat akan berjalan dengan mudah.


Sebab itulah, jangan cepat percaya bahkan jangan cepat sangat nak jatuh sayang. Takut-takut niat si dia itu bukan satu perkara yang baik tetapi sebaliknya. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah berhati-hati dengan sikap-sikap yang mudah anda hidu dan kenal pasti.

1. Seorang yang tak serius dalam hubungan.

Apabila seseorang itu serius dengan hubungan yang terjalin, tidak mustahil untuk ia berkekalan. Ini kerana, dia tahu memainkan peranannya malah tahu bagaimana segera menghalalkan hubungan. Akan tetapi jika dirinya tidak serius dengan hubungan malah jenis kejap putus, kejap sambung, kejap nak kejap tak nak. Ini memang tak boleh nak kata serius lagi dah.



2. Banyak simpanan untuk hilangkan bosan.

Kalau pasangan anda mempunyai ciri ini, jangan nak tunggu lama atau terlalu percaya. Ini kerana, apabila dirinya berpisah dengan anda, sudah beratur simpanannya untuk menggantikan tempat anda. Jadi dia ini bukan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.

3. Sentiasa banyak alasan.

Bila ajak halalkan hubungan, ada sahaja alasan. Bila ajak jumpa ibu bapa pun banyak sangat alasan yang diberikan. Kalau terlalu banyak alasan yang tak logik, tentu sahaja dia ini tidak bersedia atau ada niat yang sebaliknya. Jadi buat apa anda tunggu, lebih baik anda cari lain yang sudi segera halalkan hubungan.



4. Tidak fikirkan masa depan.

Walaupun dia begitu sayang akan anda tetapi dia tidak memikirkan masa depan anda bersamanya, hati-hati. Boleh jadi dia nak bercinta sampai bila-bila dengan anda, kalau kahwin dengan orang lain. Orang yang tidak memikirkan masa depan, biasanya tiada hala tuju yang jelas serta tidak tahu apa yang dia inginkan.

5. Tidak tahu jaga hati anda.

Apabila dia serius dan yakin akan anda adalah orang yang tepat, maka dengan itu dia akan menjaga anda dan hati anda dengan sebaiknya. Ini kerana, dia ingin anda kekal bersamanya selamanya, tapi jika sebaliknya. Rasanya anda sahaja yang terlalu mementingkan hubungan tersebut bukan dirinya.

Setiap mereka yang datang itu kadang kala bukan mempunyai niat yang jelas. Sebab itulah jangan cepat sangat sayang atau percaya akan segala janji serta kata-katanya. Lebih baik berhati-hati dalam setiap perkenalan serta perhubungan yang terbina.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen