Berkahwin Bagus Awal Bagus Untuk Kesihatan Mental. Wow... Bila Jodoh Nak Sampai Ni.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin mungkin satu langkah yang besar dalam kehidupan setiap orang. Dalam membuat keputusan untuk berkahwin ini ia bukan satu perkara yang mudah, malah seseorang perlu betul-betul yakin jika dirinya itu telah bersedia untuk pikul tanggungjawab. Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan untuk berkahwin awal buat kesihatan diri sendiri.


Jika difikiran, orang muda takut berkahwin kerana tanggungjawab yang dia rasa membebankan, kewangan yang kurang stabil ataupun keserasian pasangan yang sukar dijumpai. Anda perlu tahu, tiada yang sempurna untuk semua perkara. Bahkan, jika anda terlalu fikirkan keburukan dan terarah kepada negatif, mungkin anda akan jauh ketinggalan. Cuba lihat sudut yang postif serta kebaikan berkahwin ini, nak-nak lagi dapat membantu kesihatan mental anda.



1. Mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Health and Human Services, mendapati perkahwinan itu dapat mengurangkan kecenderungan kemurungan pada lelaki dan wanita . Hidup dengan seseorang yang mampu membuat kita berasa terbuka, mengakui kekurangan kita sendiri dan tidak takut bahawa dia akan menilai adalah satu cara untuk melepaskan tekanan secara semula jadi dan menjadikan hidup lebih tenang.



2. Fikirannya lebih tenang

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine mendedahkan bahawa hidup bersama dengan orang yang tersayang dan dapat memberikan rasa aman dan keselesaan akan mengurangkan tekanan darah sehingga seseorang merasa lebih tenang, kurang merasa risau atau terlalu risau.



3. Tidur lebih baik

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science, 700 pasangan berkahwin mendapati bahawa berkahwin dengan orang yang dikasihi mampu membuat kualiti tidur lebih baik. Orang tidur lebih baik dan lebih lama pada waktu malam sehingga kualiti hidup juga lebih membaik.

Jadi, tak akan anda semua nak tunggu datang yang sempurna baru nak kahwin. Apa kata anda kahwin dahulu dan sempurnakan hidup serta pasangan anda. Barulah terasa nikmatnya rumahtangga itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen