Macam Ini Lelaki Introvert Rupanya, Jom Kenal Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila berkenalan dengan lelaki intovert sahaja, tentu yang akan merasakan hubungan akan boring, malah pasangan tak kelakar serta hubungan tak seronok pun. Akan tetapi, betul ke semua lelaki intovert macam ini? Apa yang anda tahu mengenai lelaki introvert ini? Pendiam, pemarah, banyak rahsia dan suka bersendirian. Itu adalah secara rawaknya, tetapi disebaliknya anda mungkin tak mengenali mereka dengan lebih dekat.

Wanita sememangnya suka akan lelaki yang pandai membuat lawak kerana ia memikat hati dan menghiburkan. Bahkan wanita juga sukakan lelaki yang bermulut manis kerana ia pandai memujuk dan mengambil hati, akan tetapi wanita juga perlukan kesetiaan bukan?


Ramai wanita yang tidak tahu bahawa lelaki introvert ini adalah mereka yang setia. Bukan sahaja setia, bila anda mula mendekatinya tentu dia akan membuat anda angau padanya. Jom kenali lelaki introvert ini.



1. Pandai sembunyikan perasaan tapi jangan paksa dia luahkan pula.

Seperti yang sedia maklum, introvert ini penuh dengan rahsia. Maka dengan itu, dia pandai sembunyikan perasaannya apabila berlaku sesuatu. Macam kalau dia berdepan dengan masalah, dia kurang berkongsi tetapi lebih untuk pendam seorang diri. Manakala anda pula jangan terlalu memaksanya untuk berkongsi masalahnya, biarkan dia atasi sendiri.

2. Akan berkongsi bila sampai waktunya.

Akan tetapi jangan risau, kalau anda merasakan dia ini banyak rahsia dan pendam perasaan, dia akan berkongsi dengan anda apabila sampai waktunya nanti. Boleh jadi apabila segala masalahnya telah selesai, atau apabila dia bersedia untuk meluahkan masalahnya. Jadi berikan sahaja mereka ini masa.



3. Paling setia, susah nak dapat ni.

Ramai wanita yang menyatakan bahawa lelaki introvert ini paling setia. Mana tidaknya, dia pemalu, kurang bergaul, dan lebih suka bersendiri. Jadi bilanya dia nak curang. Sebab itu, lelaki introvert ini sangat terkenal dengan kesetiaan mereka. Walaupun anda merasakan mereka ini agak baran dan pemarah tapi bila bab setia memang mereka win.



4. Malu nak bermesra depan orang.

Bila dah kata pemalu, jadi nak bermesra depan orang ramai pun dia malu nak lakukan. Kemanjaan dan romantiknya hanya kalian berdua sahaja yang akan rasa dan tahu. Ini yang seronoknya, bukan itu sahaja dia juga tahu menjaga maruah anda dengan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Bukan ke itu satu kelebihan memiliki mereka ini.

5. Akan rasa terabai.

Namun begitu, walaupun banyak kelebihan yang ada, mereka juga tak lari dari melakukan kesalahan. Sebagai contoh perkara yang selalu akan mereka lakukan adalah membuat anda terasa terabai. Ini kerana, mereka lebih suka melakukan hal sendiri. Tapi itu bila bercinta sahaja, bila dah kahwin tentu lah dia sepenuhnya untuk anda.

Jangan takut nak berkenalan dengan lelaki introvert ini. Walaupun diam dan suka berahsia, tetapi dia pasangan yang mampu membahagiakan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen