5 Pertanyaan Yang Buat Lelaki Serba Salah Tapi Selalu Sangat Dilakukan Orang Perempuan. Nak Tegur Takut Kata Tak Sayang Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata bila dah sayang seseorang ini, hatinya tersangatlah perlu dijaga. Takut nanti bila terguris atau terluka akan membawa rajuk yang menjadi masalah. Nak-nak lagi orang perempuan, dia punya merajuk belanja makan baru senyum balik. Lain pula orang lelaki, dia punya merajuk kata ‘sorry’ pun dah okay dah.

Kadang kala terlalu nak jaga hati pasangan sangat sampai hati sendiri yang terluka, tapi nak buat macam mana dah sayang. Apa pun sanggup ditelan. Dalam hubungan ini tidak boleh terlalu makan hati sangat, nanti jadi hubungan yang tidak sihat. Sebab itulah pentingnya bertolak ansur dan saling meluahkan rasa.


Kadang tak salah pun kalau nak minta pasangan anda memahami anda, tapi kalau bercakap dengan orang perempuan ini selalu dia nak memang sahaja. Itu yang menyababkan ramai lelaki pendam perasaan. Nak-nak lagi bila ditanya akan 5 soalan ini, bila jujur nanti merajuk pula.



1. "Seronok sangat ke main game tu?"

Lelaki dan game ini memang tidak dapat dipisahkan, akan tetapi ramai orang perempuan lebih meminta pasangannya berhenti bermain game dan memberikan perhatian kepada dirinya. Orang perempuan selalu menyatakan bahawa lelaki ini lebih mementingkan game berbanding pasangannya. Akan tetapi, anda perlu ingat, orang lelaki ini mudah terasa bosan, jadi lebih baik main game dari main kayu tiga bukan? Jadi minta dia kurang bermain game itu lebih baik dari berhenti.

2. Apabila disuruh pilih pakaian yang pasangan mahukan.

Cita rasa orang lelaki dan perempuan ini berlainan. Akan tetapi bila anda telah menyuruhnya melakukan pilihan tentu dia inginkan yang sesuai dan lawa buat kekasihnya. Jadi hargai sedikit pilihan darinya, jangan anda suruh pilih tapi anda tetap dengan pilihan anda. Bukan ke itu menyakitkan hati pasangan anda.



3. "Pilih futsal atau saya?" terseksa punya soalan.

Buat peminat sukan futsal tentu sahaja akan dapat soalan seperti ini berulang kali bukan? Terpaksa memilih minat dan kesayangan, yang mana akan menjadi pilihan? Minat seseorang ini sebenarnya tidak boleh dihalang, apa kata anda jadi seorang yang memberi sokongan kepadanya. Kalau dia nak pergi bermain futsal ikutlah sekali, sambil-sambil luangkan masa bersama. Akan tetapi kalau dah kahwin bagilah kelonggaran sedikit.



4. Tiba-tiba tak bagi kawan dengan rakan-rakannya.

Orang lelaki dengan rakan-rakannya ini bagaikan adik beradik. Boleh jadi rakan-rakannya itulah yang membantunya disaat susah senang. Jadi anda jangan semudahnya menghalang pasangan untuk berkawan dengan rakannya. Lebih baik anda bersikap terbuka dengan berkawan juga dengan rakannya. Bukan ke itu lebih seronok.

5. Bila ditanya mana silapnya, malah kata tak memahami pasangannya.

Inilah masalah orang perempuan, bila ada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh lelaki bukan nak beritahu. Disuruhnya fikir dan selesaikan sendiri, bukan itu sahaja dikatanya tidak memahaminya. Sedangkan, mereka ini sedang ingin perbaiki silap dan kesalahan sebab itulah ingin teguran dari anda.

Nak jadi pasangan yang baik ini, jangan cuba untuk minat difahami sahaja. Sekali sekal cuba juga untuk fahami pasangan anda sendiri. Bukan ke kalau hubungan yang saling memahami dan bertolak ansur ini lebih harmoni dan membahagiakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen