Selangor Hadiahkan RM600 Buat Pasangan Baru Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita baik buat rakyat Selangor dimana mereka akan menerima insentif sebanyak RM300 setiap seorang buat pasangan yang baru berkahwin bagi mereka yang mendaftar kursus kekeluargaan anjuran kerajaan negeri.

Perlu diingatkan ianya adalah untuk golongan belia di bawah 40 tahun dan perkahwinan kali pertama. Pemohon perlu merupakan anak kelahiran Selangor atau telah lama bermastautin di negeri ini.


Pemohon dan pasangan perlu menghadiri kursus selama setengah hari secara bersama untuk mendapatkan intensif RM300.



Kursus itu merangkumi aspek pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan kemahiran keibubapaan yang mana ditekankan bagi memenuhi keperluan ilmu rumah tangga.



Pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019. Pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman sesawang igems.yawas.my, bermula 18 November ini sehingga 31 Jun 2020.

Namun, bagi yang berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen