Pasangan Miliki Wajah Seiras, Kebetulan Ataupun Sememangnya Jodoh Yang Kuat? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang cakap ada 7 orang yang serupa dengan muka kita ini. Macam pelanduk dua serupa tetapi tengok betul-betul ada bezanya. Mana tahu, dalam 7 orang itu ada terselit jodoh anda, sebab itu sering kali dikatakan wajah yang seiras ini jodoh lebih kuat.

Bila depan dengan seseorang yang miliki wajah mirip seperti anda tentu anda merasakan dia jodoh anda bukan? Tapi betul ke berjodoh ataupun ia sekadar kebetulan.



Adakah wajah pasangan anda seiras dengan wajah anda?

Mungkin ia sekadar kebetulan namun sebenarnya ada kajian yang pernah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji (Anthony C. et al) menujukkan daya tarik seseorang memberi kecenderungan kepada kita untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu dan ayah kita sendiri. Kajian berkenaan telah diterbitkan pada Jun 2011 oleh US National Library of Medicine.

Kecenderungan ini ada kaitannya dengan teori 'assortative mating' yang membuatkan seseorang unuk memilih pasangan yang mempunyai fizikal yang sama atau hampir sama.



Dipetik daripada laman Facebook Ahmad Rostam Md Zin, terdapat 6 teori yang menyokong sebab kenapa wajah kita seiras dengan pasangan:

1. Satu kajian berkaitan daya tarikan wajah seseorang yang dikeluarkan pada tahun 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu atau ayah kita sendiri

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal yang hampir sama (physical phenotype) dan strata sosial yang setara



3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama dengan pasangan setelah semakin lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang satu lagi juga bakal tak sihat



5. Pengalaman hidup bersama menyebabkan mereka melalui turun naik emosi, cabaran dan rintangan yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

6. Robert Zanjonc dalam kajiannnya menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh satu-satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen