Rupa-Rupanya, Senangnya Seorang Suami Sengsara Buat Isterinya. Suami Kena Lebih Alert Akan Perasaan Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang menganggap bahawa bila dah kahwin nanti semua perkara akan jadi mudah. Rumah ada orang kemaskan, baju ada orang basuhkan, malah makan dan minum pun ada orang hidang dan sediakan. Ini yang selalu bermain difikiran orang lelaki, bila dah kahwin semua benda isteri akan buat.

Itu sudut pandangan orang lelaki, bila kahwin semua perkara isteri akan urus dan lakukan untuknya. Itu yang hidupnya lebih tenang dan terurus, walaupun dalam tak sedar isteri tak cukup rehat, penat serta stress dengan tugas dan harapan suaminya.


Baru-baru kahwin mungkin isteri mampu lakukan semua itu. Isteri masih lagi mampu nak kejar masa kerja dan juga uruskan rumahtangga, kadang kala rasa penat sedikit masih boleh dikawal lagi. Tapi apabila lahir cahaya mata yang dinanti, tugas isteri, stress serta penat isteri akan bertambah dari hari ke hari, nak-nak tanpa bantuan suami yang di sisi.



Masa inilah isteri mula berubah sikit-sikit, dia bukan lagi wanita yang anda kenal masa bercinta. Dia bukan juga, wanita yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa ketika bersama anda. Kini, dia lebih banyak diamkan diri, suka marah-marah, kurang senyum, renggang dengan anda serta penat dengan anak-anak serta pengurusan rumah. Tapi suami tak nampak kerana anggap itu semua tugas isteri sedangkan itu tugas bersama.

Jika perkara ini terus menerus, anda akan semakin jauh dengan isteri anda malah anda juga merasakan pasangan anda telah berubah. Sedangkan, dia tidak berubah, tetapi tertutup dengan kepenatan, rasa letih dan juga tekanan yang perlu dihadapi setiap hari seorang diri.

Dalam rumahtangga ini, jangan hanya harapkan sebelah pihak sahaja yang menguruskan itu ini. Akan tetapi kerjasama teramatlah penting demi memastikan pasangan ada masa untuk rehat, malah ada masa untuk bersama. Kalau satu sibuk dengan kerja rumah dan urus anak-anak, manakala satu lagi hanya diam tak buat apa memang hanya akan mengundang masalah lain.



Sebagai seorang suami, jangan harapkan semua perkara dilakukan oleh isteri anda. Walaupun di luar mereka ini mampu melakukan itu ini, tapi di dalamnya dia masih mengharapkan bantuan dari anda. Kesenangan yang anda rasai saat ini sebenarnya sengsara buat isteri anda.

Nak bahagia dalam rumahtangga ini, perlu kerjasama antara dua-dua pihak. Barulah anda dapat membina satu team yang lebih baik serta kuat. Baik suami atau isteri perlu bijak memainkan peranan masing-masing tanpa mengharapkan balasan dari pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen