Puas Berdiet Tapi Berat Badan Tak Turun-turun, Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lain bila diet dalam sebulan dua terus nampak perubahan dari segi badan dan juga berat. Tapi anda pula, dah berbulan-bulan masih lagi berat yang sama dan juga tiada perubahan. Kalau perkara ini terjadi tentu akan buat anda rasa cepat give up bukan?

Kalau give up cepat sangat pun nanti diri sendiri yang rugi, adalah lebih baik kalau kita cuba selidik dahulu mana silap dan salah kita semasa lakukan diet ini. Yang penting, diet yang sihat bukan sampai menyakitkan diri sendiri.


1. Makanan

Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan anda untuk makan salad itu sememangnya bagus. Tetapi janganlah terlalu banyak campuran thousand island atau minyak zaitun. Cara masakan juga penting. Sememangnya bagus untuk mengambil lebih protein tetapi sekiranya anda memilih ikan yang digoreng daripada ikan yang dipanggang, diet anda akan menjadi kurang berkesan.



2. Senaman

Pada awalnya, anda akan bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini hanya bertahan selama seminggu. Jangan biarkan ini berlaku. Senaman yang konsisten membantu anda mengurangkan berat badan. Mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan anda, tambahkanlah masa senaman kepada 30 minit. Jangan terlalu ekstrem. Sekiranya badan anda terkejut, anda akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan.

3. Pil kurus

Memang banyak pil kurus terjual di pasaran dan melihat daripada testimoni penggunanya, anda akan terus membeli tanpa usul periksa. Pil kurus mungkin mampu membuat anda kurus dalam masa yang pantas tetapi ia juga membuatkan berat anda naik dengan lebih mendadak. Kajian turut menunjukkan pil kurus boleh menghakis tali perut anda dan membahayakan kesihatan. Sekiranya anda mahu hasil yang sementara, mungkin pil kurus adalah pilihan yang tepat.



4. Minum air berkalori

Ramai yang berpendapat sekiranya kurangkan makan dan minum minuman coklat akan membuatkan anda merasa kenyang dan kurang makan. Anda salah. Satu kajian di Amerika menunjukkan 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum. Sekiranya anda minum, ia hanya akan melegakan rasa dahaga dan sekiranya anda merasa dahaga kembali, perasaan lapar itu akan timbul juga.

Anda rasa anda lakukan beberapa perkara diatas ini? Cuba semak semula diet anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen