Buat Mereka Yang Sedang ‘Job Hunting’ Ini 3 Doa Yang Patut Anda Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki setiap orang tersangatlah berbeza. Ada orang lepas habis belajar terus diserap untuk berkerja, ada juga yang sebulan mengganggur terus dapat kerja, bahkan ada juga yang dah bertahun masih tak dapat-dapat kerja lagi.

Mendapatkan pekerjaan saat ini bukanlah perkara yang mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat. Belum lagi saingan yang ramai untuk mendapatkan satu perkerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan.

Masih ramai lagi yang sedang berusaha untuk mencari kerja yang sesuai buat pendidikan mereka. Walaupun memiliki segulung ijazah, itu belum menjamin apa-apa lagi sebenarnya berdasarkan keadaan sekarang ini.


Rezeki akan sampai bila tiba masanya.

Akan tetapi rezeki Allah itu sentiasa terbuka buat hamba-hambanya. Asalkan kita sebagai hamba ini tidak pernah lupa untuk meminta dan berdoa kepadaNya. Akan tetapi pada masa yang sama juga, jangan pernah cuba untuk putus asa apabila kita ini masih belum diberi rezeki dalam perkerjaan yang baik.



Buat yang sedang berusaha mencari kerja, ini 3 doa amalan yang boleh dipraktikkan sebelum pergi mana-mana temuduga. Doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya.

Doa 1 – Baca Sebelum Temuduga (Supaya Temuduga Berjalan Lancar)



Bacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya.

Doa 2 – Doa Selepas Temuduga (Supaya Diterima Kerja)



Doa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.

Banyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga di buka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya.

Doa 3 – Doa Setelah Diterima Kerja (Agar Mendapat Rezeki Yang Banyak)



Doa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen