'Elak Cinta Lama Bertaut Kembali', Ini Tips Hadiri Reunion Yang Lebih Santai.

Bila masing-masing lama tak jumpa ataupun telah mendirikan rumah tangga, tentu anda dan juga rakan-rakan akan membuat satu pertemuan semula. Pertemuan ini sudah tentu sangat dirindui dan dinanti oleh anda dan juga rakan-rakan, mana tidaknya lama tak bertanya khabar dan bersua muka.

Reunion adalah perkara yang sering kali menjadi salah satu aktiviti buat rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Bukan itu sahaja, reunion juga akan mengeratkan lagi hubungan anda dan juga rakan-rakan. Akan tetapi buat mereka yang dah ada pasangan ini tentu serba salah untuk menghadiri reunion ini bukan?


Mana tidaknya, kalau terjumpa bekas kekasih hati ke, first love ataupun berlaku yang tak terduga tentu akan jadi masalah terhadap hubungan yang telah sedia ada sekarang ini. Akan tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu ketinggalan akan perjumpaan seperti ini. Kalau anda ingin pergi ke reunion bersama rakan anda, ini tips yang perlu anda ikuti.



1. Niat sebenar anda.

Jangan salah niat pula, pastikan anda mempunyai niat yang jelas akan tujuan anda ini. Niat anda berjumpa rakan-rakan yang telah lama, bukannya nak jumpa bekas kekasih atau jalinkan hubungan mesra dengan rakan yang baru. Jadinya, perbaiki niat anda sebelum pergi. Kalau rasa tak kuat disarankan untuk tak pergi.

2. Nak selamat bawalah pasangan bersama.

Kalau anda cukup berani dan ingin selamatkan hubungan, jangan lupa nak bawa pasangan anda bersama. Kalau anda bawa pasangan, bukan kata bekas kekasih tetapi cinta pandang pertama anda pun tak berani nak dekat. Cara ini sememangnya selamatkan hubungan anda.



3. Jangan mulakan perbualan selepas habis reunion.

Awas! Perkara ini jika dilakukan sememangnya akan memberi kesan terhadap hubungan anda. Kalau dengan mereka yang sama jantina tidak mengapa, tetapi yang membimbangkan adalah mereka yang berlainan jantina. Biasanya bila habis reunion tentu akan saling tukar no telefon, jadi jangan mulakan perbualan mesra selepas habis reunion.

4. Kalau nampak seseorang yang pernah anda suka, buat mereka tak wujud.

Jangan mula bertegur atau bersembang dengan orang yang pernah kecewakan anda dulu. Ini semuanya hanya akan merosakkan hubungan serta niat anda ke reunion itu. Adalah lebih baik kalau anda buat mereka ini seperti tidak wujud sahaja dan bersembang dengan rakan anda yang lain seperti biasa. Kalau anda mendekati mereka ini, tentu sahaja ia akan menjadi satu titik permulaan yang tidak baik.



5. Berkumpul dengan rakan yang lebih rapat.

Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, maka anda perlu berkumpul dengan rakan-rakan yang rapat sahaja. Berbual dengan lebih lama serta tidak menghiraukan akan perkara yang lain ini membuat anda tidak sedar masa akan pantas berjalan. Bukan itu sahaja, anda juga dengan mudah mengabaikan mereka yang tidak sepatutnya.

Nak pergi reunion ini tidak salah, tetapi jangan mulakan sesuatu yang tidak sepatutnya anda lakukan. Ingat orang yang tersayang dan sentiasa bersama anda, bukan dia yang pernah kecewakan anda.

Anda masih keseorangan?

963,539 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen