Wanita Bila Kena Reject Dengan Crush Kena Buat Apa? Ini Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Cari Pengganti Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang bernasib baik ketika meluahkan perasaan mereka. Ada yang akan diterima luahan mereka, dan ada pula yang sebaliknya. Jika anda antara orang yang beruntung, maka jagalah pasangan anda sebaiknya, jika anda yang sebaliknya teruskan pembacaan anda.

Bukan mudah seorang wanita nak luahkan isi hati mereka terhadap orang yang dia sukai. Orang kata, wanita ini sukar nak mulakan langkah kerana takut digelar “perigi mencari timba” akan tetapi kalau tak luahkan sampai bila pun tak tahu keadaan sebenar bukan?


Buat wanita yang di reject oleh crush anda, ini tips untuk bangkit semula. Ditolak cinta bukan pengakhiran hubungan anda.

1. Bina balik keyakinan diri anda.

Jangan disebabkan dia seorang anda kecewa dan tidak mahu mencari pasangan. Mungkin dia bukan yang terbaik buat anda sebab itu dia bukan jodoh anda. Bina semula keyakinan anda untuk tampil lebih yakin dari sekarang. Kena reject sekali bukan pengakhiran dalam mencari pasangan hidup.



2. Cuba lihat sudut positifnya.

Boleh jadi anda akan berjumpa dengan pasangan yang lebih baik darinya, yang menjaga hati anda malah yang memulakan langkah dahulu. Sebab itulah, jangan terlalu negatif bila kena reject ini. Anda tak tahu hikmah di sebalik ini semua.

3. Take your time.

Tidak semua perkara akan pulih dengan cepat, nak-nak luka yang melibatkan hati perasaan ini. Cuba untuk relax dan ambil masa untuk rawat hati anda. Masa yang anda ambil itu perlu digunakan sebaik mungkin untuk kumpul kekuatan anda semula.



4. Jangan paksa dia terima anda.

Setiap paksaan tidak akan ada hati yang ikhlas menerimanya. Jika anda paksa dia terima anda, mungkin dia akan terima tapi ikhlas kah dia untuk bersama anda? Adalah lebih bahagia jika bersama dengan orang yang ikhlas dan terima kita ini dengan hati yang terbuka. Bukannya dengan niat yang tidak baik dan terpaksa.



5. Beranikan diri untuk mulakan langkah baru.

Setiap kata-kata yang dia lemparkan kepada anda itu jangan digunakan sebagai senjata untuk menghancurkan diri sendiri. Akan tetapi, gunakan ia sebagai senjata dan kekuatan anda untuk mulakan langkah baru. Mana tahu selepas ini datang yang lebih baik dari dirinya.

Bila kena reject ini jangan masih simpan harapan, terus move on kerana yang terbaik sedang menanti anda. Kalau ambil masa yang lama nak move on, bagaimana nak segera bahagia dengan si dia yang tepat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen