Tanda-Tanda Anda Mula Obsesi Dengan Si Dia. Hati-Hati, Ia Tidak Bagus Buat Diri Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jatuh cinta ini sememangnya sangat mengasyikkan, setiap hari rasa rindu malah tak sabar nak bertemu itu adalah lumrah dalam percintaan. Kadang kala, tak sanggup nak berpisah dan berjauh, itu yang membuatkan pasangan bercinta ini sanggup mencari jalan untuk berjumpa antara satu sama lain.

Cinta ini sememangnya menghanyutkan sesiapa sahaja, rasa tak puas, masa terlalu pantas malah rasa rindu yang terbeban tentu akan menjadi masalah dalam perkara ini. Jatuh cinta sahaja sudah begini, bagaimana pula dengan mereka yang begitu taksub dan obsesi dengan pasangan mereka.


Seseorang tidak akan sedar bahawa mereka ini obsesi dengan pasangan sendiri, malah mereka selalu merasakan apa yang dilakukan adalah untuk kebahagiaan bersama. Nak tahu anda ini obsesi pada pasangan anda atau tidak, lihat tanda ini.

1. Ingin tahu segala aktiviti selama 24 jam.

Dia pergi mana, buat apa, dengan siapa atau apa-apa pun akan membuatkan anda rasa teringin nak tahu. Malah kalau lambat balas pesanan pun membuatkan anda teringin nak tahu apa yang dia lakukan. Itu yang kalau pesanan lambat dibalas boleh datangkan pergaduhan.



2. Resah bila berjauhan darinya.

Bila berjauhan, anda mula merasakan seperti ditipu, dicurangi atau apa sekali pun. Bila dia dekat dengan anda, baru anda merasakan hubungan anda selamat dan bahagia. Ini kerana, anda akan terlalu banyak berfikir mengenai dirinya dan juga hubungan anda. Anda juga merasakan jarak jauh ini tidak membahagiakan.

3. Mula menyekat dirinya.

Nak lakukan itu tak boleh, nak lakukan ini pun tak boleh. Semuanya perlu diberitahu anda serta mendapat keizinan anda. Bagi anda ini satu tindakan kasih sayang anda pada dirinya, akan tetapi ia sebaliknya. Anda sebenarnya terlalu obsesi dengan pasangan sendiri hingga selalu curiga dengan dirinya. Itu yang anda mahu dia sentiasa dengar kata anda.



4. Sentiasa utamakan dirinya.

Sanggup ketepikan segala-galanya demi dia. Tidak kiralah mengenai kerja, keluarga ataupun rakan-rakan anda sanggup ketepikan kerana bagi anda pasangan anda ini sudah cukup untuk membahagiakan anda. Bagi anda, dia adalah penawar segala kesakitan yang anda rasai.

5. Takut kehilangan.

Ini adalah sebab mengapa anda terlalu obsesi dengan dia. Bagi anda, dia tidak sama dengan sesiapa. Dia unik, cantik, menarik dan pelbagai lagi. Rasa kehilangan membuatkan anda bertindak seperti ini walaupun pasangan anda sebenarnya sama sahaja dengan yang lain, tapi tidak bagi anda.



6. Perbezaan kalian.

Boleh jadi, pasangan ini banyak kelebihan yang anda lihat. Dia cantik, baik, bijak dan pelbagai lagi jika nak bandingkan dengan diri anda. Sebab inilah yang timbulkan sikap obsesi anda terhadap dirinya.

Anda perlu berhati-hati jika pasangan anda mempunyai sikap ini, ia boleh melukakan anda sendiri. Akan tetapi, jika anda yang miliki sikap ini, ketahuilah segala-galanya adalah milik Allah, dan tiada yang kekal dalam dunia ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen