Saat Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta, Ini Yang Mereka Akan Lakukan Kepada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Susah nak tahu bila lelaki akan jatuh cinta dengan seorang wanita. Ini kerana, mereka ini lebih mudah memendam perasaan berbanding menyatakan perasaan sebenar mereka. Kalau nak luahkan pun, mereka ini lebih gemar menggunakan tindakan berbanding meluahkan, jadi macam mana orang perempuan nak tahu.

Yang perempuan pula, selalunya mengharapkan luahkan dari lelaki yang dia cintai. Kalau boleh, pasangannya itu akan menyatakan cinta dan kasih sayang sebelum dan selepas tidur, malah kalau diharapkan ingin dilakukan setiap hari. Tapi itulah, orang lelaki ini ada ego mereka yang tersendiri. Tapi itu tidak bermakna mereka ini tak boleh tahu bila lelaki jatuh cinta dengan mereka.


Walaupun tidak diluahkan melalui kata-kata ataupun ucapan di bibir, orang perempuan boleh kenal pasti dengan melalui beberapa perkara ini.



1. Lebih banyak mendengar berbanding berkata-kata.

Bila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dengan diri anda, dia akan lebih banyak memberi ruang untuk menjadi pendengar yang baik buat diri anda. Dia akan lebih mudah untuk berkongsi telinga dengan anda, malah dia akan kurang berkata-kata apabila anda sedang berkata-kata. Ini adalah salah satu tanda dia sedang menghormati diri anda dengan baik sekali.

2. Sangat ambil berat terhadap anda mahupun keluarga anda.

Dia akan sentiasa mengutamakan sesiapa yang anda utamakan. Sudah tentu, anda akan utamakan keluarga dan juga rakan-rakan anda, maka dengan itu dia juga akan sama-sama utamakan apa yang anda utamakan. Ini kerana, bagi dirinya, kebahagiaan anda adalah perkara yang paling penting sekali.



3. Tak akan ketepikan anda dalam pertengkaran atau salah faham.

Apabila berlakunya salah faham ataupun pertengkaran di antara kalian, dia tidak akan sesekali cuba untuk meninggalkan anda atau ketepikan diri anda. Dia akan cuba bertolak ansur dengan sebaik mungkin, ataupun mengambil langkah untuk mengalah sahaja dalam pertengkaran itu.

4. Selalu bangga akan kerjayaan serta diri anda

Selain menyokong dan menjadi penguat semangat anda, dia juga adalah orang yang selalu berbangga dengan kerjayaan anda. Dimana, dia akan berada di saat anda susah pun senang, malah akan sentiasa berbangga dengan apa yang telah anda lakukan.



5. Bersedia mendengar pendapat anda

Tidak mudah sebenarnya seorang lelaki ini mendengar pendapat dari pasangannya. Ini kerana, mereka selalunya beranggapan bahawa mereka ini seorang ketua dan setiap keputusan perlu dihormati. Tetapi, apabila seorang lelaki itu mula jatuh cinta dengan anda, dia akan bersedia untuk mendengar segala pendapat dari anda malah ada juga yang akan diikuti.

6. Anda adalah keutaman dirinya.

Dalam apa jua keadaan, dia tahu waktu yang sesuai untuk mengutamakan diri anda dengan perkara lain di sekelilingnya. Ini kerana, dia bimbang akan kehilangan dirinya. Akan tetapi, jangan pula anda harapkan dia akan mengutamakan anda berbanding ibu bapanya.

Namun begitu, sebagai seorang wanita, anda perlu lihat tindak tanduk yang dia lakukan. Perhatikan dan jangan mengharapan bahawa si dia akan melakukan semua perkara ini demi menunjukkan cintanya pada anda. Boleh jadi dia akan melakukan perkara lain juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen