Berkenalan Dengan Calon Pasangan Sebelum Diijabkabulkan, Ini Hikmah Yang Anda Akan Perolehi Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang memandang mudah dengan melihat calon pasangan terlebih dahulu sebelum melakukan perancangan untuk bertunang atau bernikah. Ini kerana, ada yang memilih bercinta selepas kahwin ataupun, percaya kepada gambar yang diterima sahaja.

Sedangkan, sebelum membuat keputusan untuk bercinta selepas kahwin ataupun nak berkahwin terus sekali pun, anda perlu tahu kenal calon pilihan anda. Ini kerana, takut-takut kalau dekat gambar berbeza dengan yang bakal anda jumpa depan-depan nanti.


Jadinya, bila anda telah berkenalan dahulu dengan calon anda, tidaklah nanti anda terkejut yang tidak disangka-sangka kerana wajah yang berbeza ataupun dapat mengelakkan dari berlakunya penipuan. Bukan itu sahaja, ada hikmah yang anda perolehi jika bertemu dahulu calon pilihan anda itu.



1. Mengenali pasangan lebih dalam

Kalau sebelum ini hanya berbual kosong dengan calon pilihan menggunakan perantara, kalau berjumpa depan-depan anda akan berbul berdua tanpa mengguna perantara. Jadi anda dapat kenal bagaimana gaya perbualan dirinya yang sebenar, bagaimana pasangan yang sebenar serta bagaimana sikapnya itu.

Maka tak adalah lepas kahwin nanti anda terkejut dengan suara, kelakuan atau sikap pasangan nanti. Nasib baik jumpa dulu sebelum kahwin.

2. Melihat rupa bakal pasangan

Jangan mudah percaya dengan gambar yang dia berikan pada anda. Boleh jadi gambar itu adalah gambar orang lain, malah apa yang paling kerap berlaku adalah gambar itu menggunakan filter yang cukup hebat sehingga wajah sebenar dan wajah dalam gamabr adalah orang yang berlainan. Perkara ini selalu sangat berlaku sampaikan ada yang pernah tertipu akan perkara ini. Haaa... kan lebih baik kalau berhati-hati.



3. Dapat lakukan persediaan lebih awal

Sebenarnya, apabila anda bertemu dengan calon pilihan anda, ia sebenarnya memberi ruang kepada anda untuk lakukan persediaan lebih awal. Ini kerana, pertemuan ini sebenarnya menggalakkan anda untuk lakukan persediaan. Sebagai contoh, kalau pasangan anda seperti itu, tentu sahaja anda juga akan ke arah perkara yang sama. Sebelum sebumbung, anda juga akan lebih bersedia nak berdepan dengan pasangan anda.

4. Dapat berkenalan dengan keluarganya

Ini juga adalah perkara yang penting. Bukan hanya tahu kewujudan calon pilihan anda tetapi tahu kewujudan keluarganya juga adalah perkara yang tersangat penting. Cuba anda bayangkan kalau tiba-tiba calon anda itu menipu mengenai keluarganya, tentu sangat membimbangkan bukan? Jadi kalau anda berjumpa dengannya, maka anda juga dapat berkenalan dengan keluarganya dengan lebih dekat lagi.

Sebelum nak buat keputusan untuk berkahwin, segera untuk berjumpa dengan pasangan anda dahulu demi kebaikan kalian berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen