15 Cara Atasi Morning Sickness Saat Diawal Kehamilan, Bakal-Bakal Ibu Boleh Cuba Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu berita yang sangat mengembirakan kalau mendapati diri ini akan menjadi ibu dan bapa, nak-nak lagi jika ini adalah pertama kali merasai saat sebegini. Tentu sahaja, rasa gembira dan teruja untuk mendapat cahaya mata tersangatlah dirasai. Bukan itu sahaja, nak melalui saat-saat ini buat kali pertama juga satu momen yang indah buat si ibu.

Dalam rasa gembira nak timang cahaya mata ini, akan ada satu fasa yang mana ibu-ibu akan begitu letih dan hilang nafsu makan. Fasa ini akan berlaku disaat 3 bulan pertama iaitu morning sickness. Tak hanya terjadi di trimester pertama, morning sickness juga bisa terjadi di trimester kedua dan ketiga selama kehamilan.


Berdasarkan parents.com, morning sickness boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Hal tersebut boleh berpunca dari daya tahan tubuh yang menurun saat kehamilan, adanya perubahan hormon ketika hamil, ibu akan menjadi lebih sensitif terhadap bau dan pelbagai lagi. Ketika mengelami morning sickness, bakal ibu disarankan untuk tangani masalah ini dengan baik, jika tidak ia mungkin beri kesan yang buruk kepada ibu serta anak dalam kandungan.



Morning sickness ini adalah gejala biasa yang dialami oleh wanita hamil. Terdapat penyelidikan bahawa hampir 70% wanita hamil mengalami penyakit ringan, sederhana hingga kehamilan yang teruk semasa mengandung. Untuk mengatasi sakit pagi, inilah cara anda boleh melakukannya.

1. Makan dan minum dengan kuantiti yang sedikit. Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak hanya akan membuat morning sickness anda bertambah teruk.

2. Apabila anda bangun pada waktu pagi, cuba duduk atau berehat dahulu. Elakkan bangun dari katil dengan serta-merta.

3. Elakkan memakan makanan yang berlemak, pedas dan terlalu masin. Makanan ini hanya akan meningkatkan risiko mual dan muntah.

4. Mandi dengan air suam supaya badan lebih tenang. Tetapi jika suhu badan anda tinggi, cuba mandi dengan air sejuk.

5. Dengar muzik yang boleh membuat anda berasa tenang. Perasaan cemas, pemikiran yang tertekan dan kemurungan boleh memburukkan lagi keadaan anda.

6. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayuran dan buah-buahan yang selamat untuk kehamilan anda.

7. Di waktu pagi, cuba berjalan kaki pagi di sekitar rumah. Berada di dalam rumah secara berterusan akan membuat anda bosan dan terdedah kepada loya dan muntah.

8. Minum air halia atau teh dicampur dengan cuka sari apel. Minuman ini boleh melegakan loya, muntah dan pening kerana sakit pagi.

9. Bau aroma yang menyegarkan serta buah sitrus. Bau yang anda fikir adalah pelik hanya akan membuat anda terdedah kepada loya dan muntah.

10. Dapatkan urutan. Pastikan anda melakukan urutan yang selamat untuk kehamilan anda.

11. Menyediakan makanan ringan berhampiran anda. Pilih makanan ringan yang baik untuk mengandung seperti kacang untuk morning sickness anda.

12. Pilih makanan yang memberi anda selera. Jangan paksa diri untuk makan makanan yang membuatkan anda muntah semasa hamil.

13. Ambil vitamin untuk badan semasa mengandung adalah lebih baik.

14. Pakai baju longgar dan selesa. Pakaian yang terlalu ketat akan menyebabkan anda mengalami morning sickness yang lebih teruk.

15. Pastikan peredaran udara di rumah lancar dan bersih. Peredaran udara yang tidak mencukupi memburukkan lagi risiko mual dan muntah.

Ini adalah beberapa cara yang membantu anda mengatasi mengawal morning sickness anda. Semoga ia membantu anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen