Sudah Puas Membujang, Ini 8 Petua Untuk Segera Jodoh Melekat.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Surah Al-Dhariyat ayat49

Setiap orang sudah ditentukan jodohnya, cuma cepat atau lambat yang membezakannya. Setiap mereka yang berkahwin, akan diberi rezeki yang melimpah ruah. Permulaan hidup baru selepas berkahwin ini akan terasa lebih lengkap dan kenal erti kebahagiaan yang sebenar.

Ada orang jodohnya tak kunjung tiba walaupun umurnya sudah meningat. Ada juga yang sudah puas rasa saat-saat bujang, tapi bila nak cari jodoh semuanya tak lekat pada dirinya.


Pelbagai usaha sudah dilakukan, tetapi semuanya seolah-olah tidak membuahkan hasil. Kadang seperti rasa ingin berputus asa. Jika anda salah satu diantara mereka yang lambat perolehi jodoh, maka sentiasalah berlapang dada dengan ujian yang diberikan ini.

Jika rezeki itu perlu dicari dan diusahakan, maka jodoh juga perlu dilakukan perkara yang sama. Ia tidak akan datang bergolek dengan sendirinya tetapi perlu dijemput dan diusahakan.



Petua mempercepatkan kehadiran jodoh

1. Betulakan kembali niat anda.

Tidak kira apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Jika niat kita ikhlas, kita pun akan dapat sesuai apa yang kita niatkan. Jika anda berniat mendapatkan jodoh kerana Allah swt, insyaa Allah anda akan ditakdirkan bertemu dengan seseorang yang miliki niat yang sama.

2. Muhasabah diri melihat kekurangan diri.

Sudah menjadi lumrah manusia akan sentiasa tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Maka dengan peluang yang ada ini, jangan hanya melihat orang lain sahaja. Akan tetapi lihatlah apa kurangnya diri anda. Mana yang kurang itu maka cuba untuk lebihkan. Jika kurangnya ilmu agama maka lebihkan ilmu agama di dada anda. Jika kurangnya dari segi penampilan maka cuba untuk kelihatan kemas dan menarik.



3. Tingkatkan kepercayaan diri.

Walaupun umur semakin meningkat, calon pula semakin berkurangan. Jangan cepat putus asa dan merasai kegagalan. Adalah lebih baik kalau anda cuba untuk yakin bahawa anda akan bertemu dengan jodoh idaman anda. Allah maha pengatur, pasti ada aturan yang terbaik dalam jodoh anda.

4. Memperluaskan jaringan gaulan.

Kalau sebelum ini hanya bertemu dengan rakan-rakan sepejabat sahaja, kini cuba beranikan diri untuk bertemu dengan lebih ramai lagi orang. Cuba untuk ikut aktiviti kemasyarakatan malah jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang lebih berusia dari anda. Mana tahu terselit jodoh anda disitu.



5. Memperbaiki diri sendiri.

Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, cuba lihat diri anda dahulu. Layak atau tidak? Jika anda ingin mereka yang seperti itu, maka ubah diri anda juga ke arah yang sama.

6. Jangan lupa ibu bapa dan keluarga.

Bagaimana tanggungjawab anda terhadap ibu bapa? Sudah tertunai? Jika anda memudahkan urusan ibu bapa anda, maka Allah juga akan memudahkan urusan diri anda. Mana tahu, kelak Allah gantikan dengan memudahkan urusan untuk bertemu jodoh.

7. Jangan lupa amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.

Agar jodoh cepat datang, maka dekatkan diri kepada Allah. Caranya tidak hanya melakukan ibadah yang wajib sahaja, tetapi ditambah juga dengan ibadah sunnah yang lain seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq dan lain-lain.

Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki termasuk jodoh yang baik adalah dengan amalkan solat dhuha.



8. Lapangkan hati dan fikiran.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagiaan orang lain sudah tentu bukanlah satu perkara yang asing. Cuba untuk lapangkan dada dan buka minda anda seluasnya. Rasa cemburu yang timbul itu tidak hanya menggelapkan hati anda malah ia menjauhkan jodoh anda juga. Bersangka baiklah dalam setaip perancangan Allah.

9. Amalkan doa agar dipercepatkan jodoh

Doa adalah senjata paling kuat sebagai seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa dia yang dipohon tanpa kenal erti putus asa.

“Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunya wal aakhirah”

(Ya Rabb, berikan kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat)

*Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan dilakukan secara istiqomah.

Bila jodoh lambat hadir, ia akan membuatkan anda lebih matang dan bersedia dalam membina keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen