Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Dalam Menguruskan Kewangan Anda, Takut Makin Banyak Wang Yang Mengalir Keluar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menguruskan kewangan ini nampak macam mudah sahaja, tetapi bila dilakukan secara betul-betul eh susah pula nak simpan wang dengan cermat dan sesuai dengan yang diinginkan. Sebagai orang bujang, tentu sahaja anda perlu lebih bijak dalam melakukan penjimatan dan perbelanjaan, barulah ada sedikit simpanan untuk masa depan.

Bukan hanya orang bujang sahaja yang perlukan simpanan, yang bakal menjadi isteri juga perlu bijak untuk menguruskan kewangan keluarga nanti. Ramai yang masih keliru tentang simpanan wang yang betul ini. Adakah perlu simpan wang tanpa perlu menggunakannya ataupun simpan dan hanya guna untuk yang penting-penting sahaja.



Menurut buku MoneySmart Parent; Panduan Praktikal Untuk Perancang Kewangan Ibu Bapa Baru, terdapat lima kesilapan kewangan yang harus dielakkan dalam merancang kewangan keluarga. Nak tahu apa kesilapannya, jom teruskan baca.



1. Tidak membuat anggaran.

Untuk pastikan tidak melakukan pembaziran, andalah penting ana meletakkan satu garis panduan bulanan dan tahunan supata dapat menguruskan pendapatan dan perbelanjaan dengan bijak. Tanpa meletakkan anggaran atau bajet tertentu anda mungkin akan lari dari niat sebenar anda.

2. Membeli belah tanpa fikirkan keutamaan.

Keutamaan adalah perkara yang perlu diatur dengan bijak. Anda mungkin perlu dahulukan wang membayar hutang, perbelanjaan dapur dan harian. Jika anda membeli belah tanpa fikirkan yang mana utama, anda akan lari dari landasan yang anda angankan.



3. Menggunakan kad kredit tetapi membayar secara minimum.

Bagi mereka yang biasa menggunakan kad kredit, perlu berhati-hati dalam menggunakannya. Walaupun anda menganggap bunga yang ditanggung tidak besar, tetapi adalah penting untuk anda membayar semula sebelum ia tamat tempoh. Bukan itu sahaja, elakkan untuk menggunakan kad kredit secara berlebihan.

4. Beli produk secara ansur-ansur tanpa fikirkan kesannya.

Setiap kali anda membeli produk secara hutang, pastikan anda memahami apa yang anda beli. Jangan membeli produk yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Pastikan anda memberi sesuai dengan apa yang anda perlukan.

5. Teruja bila nampak SALE.

Sesetengah orang menganggap bahawa sale yang berlangsung itu sememangnya ada potongan harga. Namun sebenarnya, itu adalah harga sebenar barangan yang anda inginkan. Sebelum membeli sesuatu, pastikan anda bandingkan produk tersebut terlebih dahulu.

Berhati-hati dalam berbelanja dan sentiasa untuk utamakan yang penting dahulu. Jangan terlalu teruja hingga anda menyesal kemudian hari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen