"Suami Isteri Yang Menjaga Solat, Rumahtangga Dia Kukuh..." Bakal Pengantin Kena Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam sebuah rumah, tiangnya sangat penting untuk pastikan rumah tersebut kukuh dan mampu bertahan lama. Sama juga dalam rumahtangga, pegangan agama adalah sangat penting untuk pastikan rumahtangga yang terbina itu lebih kukuh dan juga kuat.

Pegangan agama yang kuat serta kukuh dalam sebuah perkahwinan adalah tiang kebahagiaan rumahtangga seperti mengamalkan solat berjemaah dengan kerap dapat eratkan lagi hubungan suami isteri serta mendapat restu dari Allah swt.



Kadang kala, kegagalan dalam rumahtangga hingga menyebabkan berlakunya penceraian bukan berpunca daripada berlaku kecurangan, masalah kewangan serta campur tangan orang ketiga tetapi lebih kepada sikap enggan menunaikan solat lima waktu sehari.



“Kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui laman Instagramnya.

Kalau solat ini merupakan hablumminannas iaitu hubungan sesama manusia, bila mana wujudnya habluminnallah iaitu hubungan manusia dengan Allah, maka hablumminannas akan terwujud.

Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tidak wujud lagi hablumminasyaitan keran sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.

Solat berjemaah seisi keluarga

Jelasnya, antara tanggungjawab nabi Muhammad saw apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.

“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.”

Tuan-tuan minta maaf cakap ekstrem sikit, kenapa rumahtangga keluarga bercerai berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah swt, biarlah keluarga kita baik-baik semuanya.

“Salah satu puncanya tak pernah solat berjemaah bersama-sama. Sebab itu cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.



Menurutnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.

Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa?

“Siapa yang jaga solat, rumahtangga dia kukuh,” katanya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen