Nak Rambut Sihat & Tidak Berbau Walaupun Bertudung, Hijabi Jangan Lakukan 6 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rambut ini adalah mahkota kaum wanita. Walaupun dilindungi oleh tudung, tetapi anda perlu menjaga mahkota anda ini dengan sebaiknya. Jangan menggunakan alasan anda bertudung sebab itu tidak perlu menjaga rambut yang ada dengan sebaiknya.

Buat wanita yang bertudung, anda perlu menjaga rambut dengan lebih teliti agar ia tidak berbau serta rambut juga kekal sihat. Kalau berbau, bukan anda sahaja yang bau tetapi orang disekeliling juga anda mendapat haruman yang sama. Silap-silap kekasih hati pun boleh lari kalau bau rambut anda yang hapak itu.



Ini adalah 6 perkara yang anda tidak patut lakukan ke atas rambut anda.

1. Ikat rambut terlalu ketat.

Memang akan terasa kemas dan selesa namun ikat terlalu ketat dan kuat akan rosakkan akar rambut. Pilih getah rambut yang longgar agar rambur ada runag untuk bernafas.



2. Rambut basah jangan terus pakai tudung.

Ini selalu sangat dilakukan oleh mereka yang bertudung. Apabila rambut anda yang sedang basah itu ditutup dengan tudung tanpa dikeringkan dahulu akan menyebabkan bau masam dan kepam. Ia juga menjadi punca rambut naik kelemumur.

3. Tak nak sikat rambut.

Walaupun bertudung, tetapi anda perlu juga sikat rambut anda. Sikat rambut untuk elakkan hujung rambut menjadi bercabang dan berselirat. Nanti rambut anda juga yang kusut masai.

4. Tidur pun nak ikat rambut.

Lepaskan rambut anda semasa tidur, mereka juga ingin bebas. Nak elakkan masalah rambut gugur maka lepaskan sahaja rambut anda itu agar dapat udara.



5. Tak nak tukar anak tudung.

Tak tukar sampai seminggu, aduh! Kalau rasa selesa dengan anak tudung itu kenalah rajinkan diri untuk membasuhnya. Tukarlah anak tudung setiap hari elakkan rambut berbau peluh anda. Tak payah beli ank tudung yang mahal-mahal, muruh pun okay asal selesa.

6. Guna tudung yang sama berulang kali.

Takut tudung rosak tetapi kepala berbau tidak mengapa. Bukan ke rasa tak selesa jika mengenakan tudung yang berbau. Keyakinan pun boleh hilang kalau tudung berbau ini. Kalau bimbang tudung rosak, apa kata anda basuh guna tangan jangan guna mesin.

Haaa... nampak tak tabiat anda itu menjadi punca rambut berbau dan juga tidak lawa. Macam mana kalau suami anda bau dan dekati anda nanti, tentu tak selesa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen