"Rimasnya..." Anda Kekasih Clingy, Ini 9 Tanda Yang Perlu Diketahui.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita manja dan clingy memang pilihan sesetengah orang lelaki. Suka apabila pasangan bermanja dengan dirinya malah terasa sweet sangat akan perkara seperti itu. Akan tetapi, untuk berapa lama mereka akan bertahan dengan perkara ini.

Bila dah selalu sangat bermanja dan asyik menempel dengan pasangan sahaja sehingga tak tahu berdikari sendiri dan sentiasa mengharapkan pasangan tentu sahaja akan membuatkan si dia terasa rimas. Bila dah rimas mulalah akan berubah sikap dan kelakuan, tak gitu?


Tak salah nak bermanja atau bersikap clingy dengan pasangan sendiri, tetapi kenalah sesuai dengan masa dan tidak terlalu berlebihan. Takut-takut nanti ada yang angkat kaki kerana terlalu rimas dengan sikap anda itu.

Anda mungkin tak sedar bahawa anda ini jenis yang clingy ataupun manja, maka dengan itu anda perlu menyedari dengan sendirinya. Orang lelaki ini tak akan cakap kerana bimbang kalau dia akan melukakan hati anda.



Tak beri ruang

Kalau selalu sangat berkepit dengan anda tentu membuat dirinya hilang kehidupan sosial dirinya. Orang lelaki ini juga perlukan masa untuk diri mereka, nak-nak lagi dalam melakukan aktiviti bersama rakan-rakannya. Bukan anda sahaja yang nak lepak dengan rakan-rakan anda, dia pun sama juga.

Bergayut 24 jam

Dia banyak lagi kerja lain selain melayan diri anda selama 24 jam. Sebagai contoh, dia pergi berkerja, masa untuk dirinya sendiri ataupun buat keluarganya. Bukan semua lelaki suka bergayut 24jam di telefon dengan kekasihnya.



Hanya dia!

Dia tidak boleh bergerak bebas, tetapi perlu tumpukan seluruh hidupnya buat anda. Mungkin anda sudah berlebihan. Dia juga perlu mempunyai cara hidupnya sendiri. Dapatkan hidup anda sendiri, jangan bergantung harap dengan dirinya.

Suka campur tangan dalam hal dia.

Setiap keputusan yang dia buat salah bagi anda, tetapi segala keputusan yang anda lakukan buat dirinya itu bukan ke satu perkara yang tidak sepatutnya. Mana tidaknya, dia baru sahaja sebagai kekasih anda bukannya suami anda. jadi cuba untuk tidak terlalu masuk campur urusan pasangan anda itu.



Elak jadi menyusahkan

Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!

Curiga sepanjang masa

Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita lain.



Rasa kurang rasa cinta dari dirinya

Setiap hari tanya “awak sayang saya atau tidak?”. Ini kerana anda berasa ragu-ragu dengan dirinya sehingga membuatkan anda ingin bertanyakan soalan ini berulang kali. Walaupun jawapan yang diberikan sama setiap hari, tetapi anda tetap sahaja tidak berpuas hati dengan jawapan yang dia berikan itu.

Tak suka bila dia berjumpa dengan wanita lain

Takut dia berubah hati itu adalah perkara biasa yang akan dibimbangkan. Namun kalau cemburu yang melampau-lampau sehingga mengganggu pasangan punya tugas dan juga tanggungjawab, anda sememang sangat berlebihan.

Tak salah pun nal clingy atau manja dengan pasangan, tetapi kenalah bersesuaian. Kadang kala pasangan boleh angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikap anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen