Sekiranya Masih Belum Bersedia Untuk Berumahtangga Jangan Paksa Diri, Takut Nanti Tak Peduli Akan Tanggungjawab.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mak suruh kahwin, kekasih suruh masuk meminang, rakan-rakan semua dah kahwin dan anda pula tak tahu nak kahwin ke tidak. Ini sebenarnya akan terjadi apabila anda terlalu selesa dengan hidup anda malah takut untuk tanggung komitmen yang agak tinggi selepas kahwin.

Bukan kerana tidak sayangkan pasangan tetapi anda bimbing kalau selepas kahwin anda tidak merasai semua perkara seperti anda bujang. Bagaimana pula kalau anda tidak mampu nak jalankan tanggungjawab yang baik atau bagaimana kalau perkahwinan anda tidak sempurna?


Bukan mudah sebenarnya nak ambil keputusan untuk berkahwin ini. Bukan sekadar nak pilih pasangan yang akan anda habiskan bertahun-tahun sahaja tetapi tetang erti tanggungjawab yang bakal anda laksanakan selepas kahwin. Ramai yang berpendapat bahawa tanggungjawab itu boleh belajar, tapi diri anda sudi untuk belajar akan perkara itu?

"Perkahwinan perlu ada kesediaan dan kesedaran dari dalam diri."

Berkahwin ini bukan hanya nak rasa seronok duduk di atas pelamin, nak buat macam-macam dengan pasangan atau nak ada teman tidur sahaja. Perkahwinan ini perlu ada kesediaan mental dan fizikal malah yang paling penting anda perlu sedar bahawa selepas kahwin nanti tak boleh nak buat perangai bujang anda lagi.

Maka dengan itu, jangan mudah membuat keputusan kerana dipaksa oleh orang sekeliling tetapi tanya diri anda dulu, bersediakah anda?

"Fikir dulu, jangan kahwin kerana suka sahaja."

Ada orang berpendapat bahawa selepas kahwin nanti anda mampu pikul tanggungjawab kerana sudah menyayangi pasangan dan begitu suka akan pasangan anda. Jadi halalkan dulu baru fikir macam mana nak laksanakan tanggungjawab. Akan tetapi, ada pula yang tak mampu nak berdepan dengan tanggungjawab yang secara tiba-tiba.

Jadinya, jangan fikir bahawa perkahwinan ini suka-suka sahaja dan merasakan anda mampu laksanakan segalanya selepas kahwin.

"Berkahwin kerana cinta sahaja tak mencukupi."

Orang kata kurang power kalau berkahwin ini tanpa rasa cinta antara keduanya. Akan tetapi berkahwin kerana cinta sahaja tidak cukup kalau anda tidak mahu laksanakan tanggungjawab anda dengan baik. Ini kerana, selepas kahwin cinta tidak lagi mampu membahagiakan diri anda malah ia boleh pudar atas sikap pasangan itu sendiri. Maka dengan itu jangan berkahwin hanya kerana anda cinta pada dirinya tetapi berkahwin kerana anda ingin bersamanya ke jalan Allah.

"Jangan belum sedia dipaksa sedia."

Banyak orang belum bersedia untuk berkahwin tetapi dipaksa bersedia kerana umur telah meningkat, telah lama sangat membujang dan rakan-rakan lain sudah berkahwin. Setiap orang mempunyai rasa bersedia untuk berkahwin ini berlainan, ada yang bersedia ketika mereka bercinta malah ada juga yang bersedia setelah sekian lama membujang. Jadi anda pula yang mana?

"Keputusan berdasarkan diri sendiri, bukan paksaan sekeliling."

Apa yang perlu anda ingat adalah keputusan untuk berkahwin itu adalah atas diri anda. Bukannya paksaan orang sekeliling. Anda yang tahu siapa diri anda, anda juga tahu sama ada anda mampu atau tidak. Maka dengan itu jangan menggunakan orang lain sebagai alasan dalam membuat keputusan.

Perkahwinan itu bukan sekadar menyatukan dua hati dan dua jiwa, akan tetapi perkahwinan itu juga adalah mengenai erti tanggungjawab dan juga perjalanan bersama yang lebih dekat dengan Allah. Sebelum buat keputusan untuk berkahwin, bersediakah anda akan tanggungjawab?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen