Wanita Lambat Kahwin Mudah Marah-Marah Tak Tentu Pasal Walaupun Hal Yang Kecil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang lambat kahwin sering kali dikatakan sebagai seorang yang garang dan juga sukar untuk didekati. Bukan itu sahaja ada juga yang menyatakan wanita yang lambat berkahwin ini mudah sangat nak melenting tak tentu pasal.

Aduh, emosinya mungkin agak terganggu kerana lihat kawan-kawan sudah berkahwin ataupun bimbang akan usianya yang semakin meningkat.

Tapi boleh jadi, mereka ini agak tertekan dengan persoalan “bila nak kahwin” serta desakan dari ibu bapanya. Itu yang menyababkan mereka ini mudah marah.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, berapakah umur yang boleh dikategorikan sebagai kahwin lewat?

Adakah selepas capai umur 30-an tetapi masih belum berkahwin ini dianggap sebagai kahwin lewat?



Berdasarkan artikel dari Pesona Pengantin, kebanyakkan pakar kesihatan menyatakan bahawa usia 35 hingga 40 tahun itu boleh dikategorikan sebagai usia yang paling lewat bagi wanita untuk mendirikan rumahtangga.

Risiko untuk mereka menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing juga dikatakan agak tinggi.

Perkara ini juga diakui oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani yang menyatakan bahawa individu yang berkahwin lewat ini akan lebih cenderung kepada sikap cerewet disebabkan mereka sudah terbiasa hidup dengan cara ‘bujang’ untuk jangka masa yang lama.

Pasangan yang berkahwin lewat juga kerap kali akan berdepan dengan masalah sukar mendapatkan zuriat menyababkan berlakunya stress dikalangan pasangan tersebut.

Berkahwin lambat ini sebenarnya ada baik buruk buat seorang wanita. Mereka ini berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah kesuburan berbanding wanita yang masih muda.



Jika mereka berjaya hamil, mereka juga boleh berdepan dengan pelbagai komplikasi lain sepanjang kehamilan dan semasa proses kelahiran tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka juga kemungkinan besar akan berdepan dengan risiko keguguran atau menghidap penyakit diabetes, hipertensi semasa hamil.

Akan tetapi, ia bergantung kepada diri seseorang itu juga. Sekiranya mereka ini mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak merokok dan tidak minum minuman keras maka tidak mustahil untuk mereka mendapatkan cahaya mata mereka sendiri.

Apa-apa pun, rezeki itu semua ditangan Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen