Kalau Pasangan Bukan Seperti Yang Anda Inginkan, Jangan Cepat Beri Kata Putus. Pasangan Adalah Cerminan Diri Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mudah sekali nak meletakkan salah ke atas orang lain apabila ingin menutup salah diri sendiri. Bahkan, begitu mudah nak cari silap orang tanpa mempedulikan salah sendiri. Itulah yang sering kali kita lakukan dalam hubungan hanya kerana tidak mahu dianggap sebagai punca sebuah hubungan menjadi renggang dan juga rapuh.

Kadang kala dalam hubungan ini tidak semuanya akan berjalan lancar dan sempurna seperti yang anda inginkan. Boleh jadi sedikit berliku malah ada juga yang tidak sefahaman. Akan tetapi bukan semua yang berlaku itu adalah berpunca dari pasangan boleh jadi ia berpunca dari diri sendiri.


Bersabarlah jika pasangan anda itu tidak seperti yang anda harapkan, malah dirinya banyak kekurangan. Jangan begitu mudah anda sebarkan segala kekurangan dan aib pasangan anda. Ini kerana, pasangan adalah cerminan diri anda.



Allah tidak akan pernah salah menemukan anda dengan pasangan anda. Sudah tentu ada hikmah yang tersembunyi ada disebalik semua itu. Maka dengan itu, pastikan anda bijak untuk menangani masalah yang berlaku serta sikap yang ada pada dirinya. Jangan begitu mudah untuk menolak dia berdasarkan apa yang anda rasakan.

Jangan sampai anda membuka aib pasangan anda, listkan setiap kekurangan dirinya kepada orang lain. Ini kerana, segala aib dan kekurangan itu boleh jadi akan membuka segala aib dan kekurangan diri anda sendiri satu persatu. Adalah lebih baik kalau setiap apa yang kurang elok itu menjadi rahsia anda berdua sahaja.

Perlu diingatkan bahawa pasangan itu ibarat pakaian kepada anda, jika anda melihatnya berlubang atau terkoyak, maka segera untuk menutupi dan menjahitnya semula. Perlu diingatkan, lakukan dengan berhati-hati dan cermat melalui kesabaran dan keikhlasan. Ini kerana, jika terlihat akan orang lain, maka orang lain juga akan tahu bagaimana anda sebenarnya.



Walaupun niat anda ingin dia memperbaiki apa yang kurang pada dirinya itu, akan tetapi jangan pula anda sengaja untuk memalukan dirinya dihadapan orang lain. Kalau niat untuk membantu atau menegur dirinya, maka lakukan secara diam. Dimana hanya anda dan dia sahaja yang tahu akan semua salah kurangnya sesuatu itu.

Bagaimana nak tangani semua ini?

Tanganinya dengan kesabaran, tenang dan keikhlasan. Jangan cepat sangat menghukum atau membuat keputusan. Akan tetapi, berserah kepada Allah malah curahkan segala perkara kepadaNya. Ini kerana, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diri anda. Boleh jadi setiap kekurangan pasangan itu adalah kesempurnaan bagi diri anda. Siapa tahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen