Untungnya Kalau Ada Lelaki Yang Menegur Cara Berpakaian Anda, Dia Sangat Menyayangi Diri Kamu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang sebagai suaminya. Bukan sahaja baik tetapi mampu membimbing dirinya lebih dekat dengan Allah. Sebab itulah, senakal-nakal wanita ini dia tetap mahukan lelaki yang boleh membimbing dirinya dan bukan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Lelaki yang baik itu ramai, sampaikan kadang kala tidak tahu nak pilih yang mana. Ada juga yang sampai keliru baik dengan sebaliknya. Akan tetapi tentu ada seseorang lelaki yang baik diman dia ikhlas menyayangi dirinya dan terima anda seadanya.

Ada yang anggap bahawa lelaki yang baik ini tidak kisah akan masa lalu pasangannya.

Ada juga yang anggap lelaki yang baik ini terima segala kekurangan pasangan.


Tapi ada lelaki yang dia akan menegur setiap pemakaian anda agar lebih terjaga dan menutup aurat. Jika anda berjumpa dengan lelaki seperti ini, dia adalah lelaki yang sangat baik untuk diri anda. Kerana dia sayangkan diri anda sebab itulah dia menegur cara anda berpakaian. Dia mahu anda menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.

Mungkin anda tidak akan selesa dengan teguran seperti ini, tetapi ketahuilah bahawa niat dia baik dan ingin melindungi diri anda dari perkara yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, dia juga menganggap anda ini sangat mahal sebab itulah dia mahu anda menjaga pemakaian yang sesuai sebagai wanita Islam.

Mungkin bagi anda lelaki yang baik ini akan biarkan apa sahaja yang anda lakukan. Malah dirinya menyokong setiap tindakan anda. Anda perlu tahu lelaki yang baik berbeza dengan lelaki yang dayus.

Riwayat At Tabrani;

Dari Ammar bin Yasir berkata; ia mendengar dari Rasulullah saw berkata, “Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagihan arak.” Lalu sahabat berkata; “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagihan arak, tetapi apakah itu dayus?” Lalu nabi berkata; Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).

Maka dengan itu, bila seseorang lelaki menegur anda mengenai pakaian yang anda kenakan, ketahuilah dia adalah calon suami yang terbaik buat dirinya. Dimana dia ini bukan sahaja sayang akan diri anda tetapi dia juga ingin melindungi diri anda. Bukankah itu ciri-ciri lelaki yang baik?

Bukan mudah nak jumpa lelaki seperti ini, tetapi bila anda bertemu dengan dirinya, maka hargai dirinya. Terima segala tegurannya dengan hati yang terbuka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen