Bukan Hanya Kerana Dia Lelaki Yang Baik Memaksa Anda Menerimanya. Cari Yang Kena Dengan Jiwa Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila nak cari pasangan hidup ini tentu sahaja nak cari yang baik. Itu adalah ciri yang paling utama perlu dicari dalam diri setiap pasangan yang kita temui. Apabila berjumpa dengan seseorang yang baik, tentu sahaja ia akan memberi kesan positif dalam hidup kita sendiri.

Akan tetapi, baik itu ada pelbagai cabang yang meluas. Ada yang baik dari segi kewangan, baik dari segi menjaga hati malah ada juga memang baik dalam menguruskan rumahtangga. Baik yang mana kita cari? Maka dengan itu, perlu difahamkan dan jelas baik yang mana anda mahukan. Ini kerana, baik itu ada pelbagai jenis yang mana kadang kala rasa baik tetapi sebaliknya pula.


Jangan lupa akan agama juga

Apa yang lebih membimbingkan, jangan hanya mencari yang baik sahaja kerana ia tidak mencukupi. Yang baik boleh berubah menjadi sebaliknya jika tidak mempunyai pegangan agama yang cukup dan kukuh sama ada buat diri sendiri ataupun keluarganya.

Jangan begitu mudah terpedaya dengan sikap baik seseorang. Ini kerana perbuatan baik itu boleh mengaburi pandangan mata anda. Apabila anda memandang sikap baiknya, ia akan membuatkan anda merasakan dia sempurna. Akan tetapi, boleh jadi dia hanya berpura-pura sahaja.



Cari yang kena dengan jiwa

Maka dengan itu, pilihlah seseorang yang kena dengan jiwa anda. Walaupun tidak sebaik mana, tetapi bila dia kena dengan jiwa anda sudah tentu dia juga akan merasakan anda kena dengan jiwanya. Apa yang dimaksudkan dengan kena dengan jiwa ini adalah dia dapat memahami anda dengan baik.

Walaupun sudah sedia maklum bahawa lelaki dan perempuan ini masing-masing sememangnya sangat rumit dan sukar difahami tetapi si dia lebih memahami anda berbading yang lain itu pun sebenarnya sudah kena dengan jiwa anda. Macam tiada orang yang dapat fahami anda lebih baik darinya.



Ini kerana, setiap orang tentu mempunyai kebaikan yang tersendiri yang mana anda mungkin tidak dapat lihat dengan mata kasar. Baik dari segi mana pun, kalau dia itu kena dengan jiwa anda tentu ia akan memberi kebahagiaan buat diri anda.

Maka dengan itu, apabila lihat seseorang itu baik dan begitu sempurna di mata anda tetapi tak kena dengan jiwa jangan paksa hati untuk terimanya. Cari seseorang yang anda ikhlas terimanya tanpa berniat ingin ambil kesempatan ke atasnya.

Barulah hubungan dan rumahtangga yang terbina itu lebih ikhlas dan tiada niat disebaliknya. Maka setiap perkara yang dilakukan juga lebih rasa rela hati berbanding dengan rasa terpaksa kerana ada niat yang terselindung.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen