Layanan Dari Seorang Suami Akan Tentukan Si Isteri Menjadi Takut Atau Taat Kepada Suaminya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala lihat seorang isteri itu begitu taat pada suaminya. Sangat setia walau apa pun yang suaminya lakukan kepadanya. Bila dimarah dihadapan ramai orang, isteri diam sahaja sampai menangis. Takut menjadi isteri yang derhaka atau nusyuz membuat seseorang isteri begitu mentaati suaminya.

Akan tetapi ada beza antara taat dan juga takutnya seorang isteri. Dimana kedua-dua ini terbentuk berdasarkan sikap seorang suami yang merupakan ketua keluarga itu.


Seperti penerangan daripada Firdaus Shakirin ini, taat dan takut seorang isteri adalah berdasarkan tingkah laku suami kepada isterinya. Sama-sama kita fahami akan perkara ini.

Takut dan taat seorang isteri.

Takut kepada suami dan taat kepada suami merupakan dua perkara yang berbeza. Salah satu amalan yang membolehkan seorang wanita yang bergelar isteri untuk masuk ke mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki ialah dgn TAAT kepada suami.



Bukan TAKUT.

Apa yang membezakan takut dan taat itu?

Terjadinya takut kepada suami itu adalah kerana suami mempunyai kuasa veto dalam rumahtangga tersebut. Tidak mengambil pandangan dan pendapat isteri dalam apa jua keputusan yang dibuatnya.

Dia merupakan seorang yang mempunyai ego yang sangat tinggi, tidak akan mengaku salah walaupun dia yang salah dan tidak sesekali akan meminta maaf kepada isterinya. Dia pantang ditegur, dia pantang dinasihat, dia pantang disuruh.

Dia bebas nak buat apa yang dia rasa nak buat.

Andai ada cubaan dari isteri untuk memperbetulkan perbuatannya, dia menggunakan agama untuk menundukkan isteri.



Maka akan lahirlah isteri yang takut kepada suami.

Bagi suami yang sentiasa tanya pandangan isteri sebelum membuat sesuatu keputusan, bagi suami yang boleh menurunkan egonya untuk maengaku salah dan meminta maaf, bagi suami yang boleh ditegur dan dinasihatkan, bagi suami yang boleh bertolak ansur dengan isteri, dia akan membentuk isteri yang taat kepada suami.

Atas asbab cara pembawakan dirinya sebagai contoh yang terbaik dalam menjadi seorang ketua untuk rumahtangga tersebut. Ketua yang baik, dirinya diteladani dan dihormati.

Jadi sebagai suami, tanya diri kita, kita nak seorang isteri yang takut kepada kita, atau taat kepada kita?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen