Lelaki Ego Tak Kena Masa, Eee... Kenapa Ego Sangat Dengan Orang Perempuan Ni?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang geram sangat dengan orang lelaki ini, bila kita cakap rindu, dia buat tak tahu sahaja. Bila kita cakap sayang pun dia buat tak tahu jugak. Eh, kenapa orang lelaki ini ego sangat. Itu belum lagi WhatsApp yang tidak berbalas sepatah, paling sakit hati bila dia bagi bluetick sahaja.

Aduhh, kenapa lelaki ego sangat?

Walaupun dengan perempuan yang dia sayangi sekali pun, egonya tetap terjaga dan paling utama. Sedikit pun tak nak mengalah.

Memang sifat lelaki.

Tak boleh nak pisahkan sikap lelaki seperti itu, mereka ini sentiasa mengutamakan ego dan air muka mereka. Walaupun pada orang yang mereka paling sayang sekali, tetap akan ada egonya. Tapi dalam diam mereka ini akan perhatin dan sayang anda juga, cuba tak nak luahkan dekat mulut. Semuanya nak disimpan dalam hati je.


Kajian tentang lelaki

Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa wanita mengukur nilai dan harga diri melalui hubungan interpersonal mereka, baik sesama keluarga, rakan atau pasangan.

Sebaliknya, lelaki pula mengukur pencapaian dan nilai diri mereka berdasarkan keupayaan untuk memberi impak kepada keadaan sekeliling, sebagai contoh pencapaian di tempat kerja mereka – hmm, berbeza bukan?

Oprah berkata, sifat lelaki juga, mereka cuma mendengar apa yang penting sahaja. Dia akan tapis apa-apa yang tidak penting. Namun sekali perempuan kata tak bertanggungjawab, dia akan ingat perkataan itu.



Kenapa lelaki ego?

Pasti ramai wanita yang ingin tahu mengapa seorang lelaki itu begitu ego walaupun dengan orang yang dia sayangi.

1. Mulut je kata tak sayang tapi hati kata sayang.

Orang lelaki ini, jenis mulut je kata itu ini tapi dalam hati anda lah orang yang paling dia sayang. Bahkan anda jugalah yang boleh melembutkan hatinya kalau kena caranya. Tapi pada masa yang sama dia ingin kekalkan egonya itu. Mungkin cara tunjuk sayang antara lelaki dan perempuan itu berbeza.

2. Lelaki tak suka perkara yang kecil.

Kalau orang perempuan dari perkara yang sekecil alam semuanya adalah perkara yang penting. Akan tetapi tidak bagi orang lelaki. Bagi mereka, perkara yang besar itulah merupakan perkara yang perlu difikirkan dan diingati. Seban itulah mereka ini malas nak ingat tarikh-tarikh bermakna dalam hubungan kalian berdua.



3. Walaupun ego tinggi tapi lemah perasaan.

Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Lelaki ego pula akan lemah bila si perempuan melayan ibu bapa dan keluarganya dengan baik sekali. Ego macam mana sekalipun, dia tidak boleh tidak, akan menghargai perempuan sebegitu. Tapi pada masa yang sama dia akan kekalkan egonya juga.

4. Tindakan lebih penting dari kata-kata.

Bagi orang lelaki, setiap perkataan sayang itu tidak bermakna kalau tidak akan bukti atau tindakan. Sebab itu bila nak tahu orang lelaki ini sayang akan anda atau tidak lihat perbuatannya bukan melalui kata-kata sahaja. Kadang kata-kata ini boleh menipu, itu yang lelaki baik gunakan tindakan bukan kata-kata.

5. Lelaki ego akan menyesal kelak.

Kalau anda telah berjuang sehabis baik dalam hubungan anda, tetapi si dia masih buat tak tahu sahaja. Maka berserah sahaja kepada Allah. Kalau dia melepaskan anda tanpa berjuang untuk anda, maka satu hari nanti dia akan menyesal akan kehilangan diri anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen