Orang Lelaki Sekarang Sudah Tak Takut Nak Kahwin Awal, Ramai Yang Dah Bersedia Nak Jadi Suami Ni.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia yang agak mudah sememangnya sangat membimbingkan orang tua-tua. Nak-nak lagi mereka yang merasakan bahawa usia yang muda itu sesuai digunakan untuk puas membujang dulu barulah fikirkan alam perkahwinan. Namun begitu, perkahwinan pada usia yang muda ini sebenarnya tersangatlah bangus untuk kesihatan seseorang, malah sekaligus mengajar diri agar lebih kenal erti tanggungjawab.

Tidak ada masalah untuk seorang wanita berkahwin pada usia yang agak muda, kerana mereka ini biasanya akan dijaga dan dilindungi oleh seorang lelaki yang bernama suami. Tapi kini, lelaki juga tidak ketinggalan untuk berkahwin muda malah tidak mencari alasan untuk berkahwin lambat lagi.


Rata-rata lelaki yang sudah mencecah usia 20an sudah mula mencari pasangan hidup secara serius. Walaupun dimulakan dengan percintaan zaman belajar atau ketika berkerja sambilan. Ini kerana, mereka sudah mula memikirkan masa depan mereka dengan lebih jelas.



Takut nak kahwin

Selalunya, orang lelaki ini akan dimomokkan dengan “bila nak kahwin kena ada kerja tetap, kewangan yang kukuh, rumah serta kereta dahulu”. Sebab itu, ramai lelaki yang agak takut untuk berkahwin awal kerana merasakan mereka tidak cukup dari segi itu lagi.

Itu belum lagi yang “belum puas enjoy” menyebabkan mereka ini tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab, beri komitmen dalam hubungan serta merasakan bahawa perkahwinan akan menyekat segala kehidupan bujangnya. Bila lelaki mula memikirkan perkara ini, maka dia akan mula tangguhkan niatnya untuk berkahwin.

Lebih berani akan tanggungjawab

Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki sekarang. Mereka ini boleh dikatakan lebih berani untuk berdepan dengan tanggungjawab dan komitmen terhadap hubungan rumahtangga. Walaupun pada dasarnya mereka ini dilihat mungkin kelihatan terlalu muda dan kebudak-budakan tetapi mereka ini boleh dikatakan lebih bersedia untuk mendirikan rumahtangga.



Ini kerana, bagi mereka ini segala tanggungjawab dan memberi komitmen dalam perkahwinan boleh dipelajari selepas berkahwin. Bukan itu sahaja, perkerjaan yang tetap serta kestabilan hidup juga boleh dicari selepas kahwin. Malah, mereka juga percaya bahawa rezeki selepas berumahtangga adalah lebih luas berbanding dengan mereka yang masih bujang.

Bagus kahwin pada usia yang muda

Berkahwin pada usia yang muda ini sememangnya bagus kerana ia dapat mengajar diri seseorang akan lebih rasa tanggungjawab dan juga lebih mematangkan dirinya. Tidak hanya itu sahaja, emosi mereka juga akan lebih terjaga kerana kehadiran pasangan yang sentiasa memberi sokongan yang baik buat dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen