Jangan Selalu Amalkan Minum Air Sambil Berdiri, Ini Bahaya Yang Anda Perlu Tahu Menurut Saintifik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah menjadi satu kebiasaan untuk kita semua yang sibuk ini meminum air sambil berdiri. Walaupun berada di rumah, perbuatan meminum air sambil berdiri juga tidak dapat dielakkan, sama juga bila di luar rumah.

Sering kali diingatkan agar meminum aor cukup 8 gelas sehari, akan tetapi kalau cukup sahaja namun tak kena cara meminumnya pun sia-sia juga. Ini kerana, meminum air dengan cara yang betul lebih membantu badan anda mendapatkan khasiat daripada air yang diminum setiap gelas itu.


Selalu sangat orang tua-tua pesan agar minum air sambil duduk kerana perbuatan minum sambil berdiri itu akan memberi kesan negatif terhadap tubuh badan seseorang.

Islam juga menegah perbuatan minum sambil berdiri kerana ia adalah amalan syaitan.

Ini beberapa 8 sebab keburukan minum air sambil berdiri menurut fakta saintifik;



1. Risiko Penyakit Sendi

Minum sambil berdiri boleh menggalakkan kemunculan arthritis atau penyakit radang otot. Minum secara berdiri secara tidak langsung akan menggangu kestabilan kandungan ceceair dalam badan seterusnya menjejaskan kawasan sekitar sendi dan akan menakung lebihan bendalir -menjadi punca kepada kesakitan sendi arthritis.

2. Kerosakan Buah Pinggang

Pengambilan air secara berdiri akan terus mengalirkan air tersebut ke bahagian buah pinggang di mana, proses itu sebenarnya membuatkan air yag diminum itu tadi tidak dapat ditapis secara teratur.

Ia kemudian akan menyebabkan sisa kotoran di dalam air tadi terkumpul pada bahagian pundi atau dalam darah.

3. Mengganggu Kelancaran Penghadaman

Jika anda minum sambil berdiri, air akan disalurkan terus ke dalam perut seterusnya memercik ke dinding perut. Keadaan ini menyebabkan kerosakan terhadap sistem penghadaman seseorang.

4. Akan Terus Berasa Haus

Rasa haus tidak akan hilang andainya seseorang minum sambil berdiri. Cara terbaik untuk menghilangkan haus adalah minum sambil duduk dan meneguk air sedikit demi sedikit secara perlahan.

5. Kembung Perut

Oleh itu, adalah mustahak untuk minum sambil duduk kerana dalam keadaan itu, otot perut akan lebih relaks dan dalam masa yang sama membuatkan saraf pada bahagian perut untuk lekas menghadam segala makanan dan minuman yang diambil.

6. Tidak Dapat Mencairkan Kadar Asid Dalam Tubuh

Manusia diggalakan untuk minum sambil duduk dan meneguk air sikit demi sikit secara perlahan agar ia dapat bantu memecahkan kadar asid dalam tubuh yang kemudiannya akan bergabung dengan air yang diminum tadi sebelum dikeluarkan melalui proses perkumuhan.



7. Menyebabkan Ulser & Pedih Ulu Hati

Apabila seseorang minum secara berdiri, air yang diteguk itu akan jatuh terus ke suku bahagian esofagus (seolah-olah memukul dasar esofagus dengan kuat). Hasil ini menyebabkan sambungan dari perut dan esofagus terasa ‘terbakar’ disebabkan oleh asid di dalam perut yang bergerak secara ‘berpatah arah’.

8. Saraf Menjadi Tegang

Minum sambil berdiri sebenarnya akan menyebabkan saraf-saraf dalam tubuh menjadi terkejut. Sila minum dalam keadaan duduk dan meneguk air secara perlahan. Cara ini kemudian akan bantu menenangkan saraf seterusnya melancarkan penghadaman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen