Sikap Isteri Seperti Ini Yang Membuat Suami Takut Kehilangan Dirinya. Bakal-Bakal Isteri Kena Ada Sikap Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan adalah satu yang indah bagi setiap orang. Malah, bila bercakap atau membayangkannya sekalipun, tentu sahaja yang indah-indah. Akan tetapi, kita tidak boleh mengabaikan segala perkara yang membuatkan perkahwinan itu satu yang merumitkan dan membimbangkan. Ini kerana, setiap hari dalam perkahwinan adalah hari yang perlu anda dan pasangan untuk saling berjuang kekalkan hubungan yang terbina.

Kadang kala perbezaan pendapat serta fahaman akan menimbulkan perdebatan setiap hari yang mana akan membuatkan anda sedikit rasa lelah.


Selain dari keserasian antara pasangan, keperibadian yang terbentuk dalam diri seorang wanita atau isteri, mempunyai pengaruh yang besar dalam membantuk rumahtangga yang bahagia. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Research in Personality menunjukkan bahawa terdapat beberapa keperibadian dalam diri wanita yang boleh membuat hidup berkahwin hangat dan harmoni.

Kajian itu dilakukan pada 278 pasangan suami isteri oleh penyelidik Florida State University. Peserta diminta untuk menulis diary tentang kehidupan rumahtangga mereka selama dua minggu semasa menjalani ujian personaliti.



Hasil yang diperolehi, isteri-isteri yang bahagia dengan diri sendiri, rendah hati, sederhana, santai, tenang dan berfikiran terbuka ternayata lebih mudah membuat suaminya jatuh cinta padanya setiap hari.

Wanita seperti ini dapat memberikan satu aura yang positif dalam perkahwinan agar suaminya lebih selesa dengannya. Akan tetapi, itu bukan punca bahawa sikap suami tidak penting dalam hubungan suami isteri ini.



Sudah tentu keduanya memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga. Jika ingin memiliki isteri yang baik dan sentiasa tenang suami juga perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang tenang dalam rumahtangga.

Kalau hanya isteri sahaja yang memainkan peranan tentu sahaja semua hubungan rummahtangga yang diharapkan tidak akan menjadi satu kenyataan. Maka dengan itu, antara suami isteri kena sama-sama berkerjasama untuk pastikan hubungan yang terbina itu mampu bertahan dan juga lebih membahagiakan antara satu sama lain.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen