"Nak Kurus Jangan Ambil Nasi, Gula & Minyak. Mengarut!" Dr Say Kongsi Mitos Nak Kurus Yang Ramai Percaya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang masih bujang ini sudah tentu nak miliki berat badan yang ideal. Nak canti dan slim sahaja, baik lelaki dan perempuan, sekarang ini masing-masing berlumba nak miliki badan idaman. Lagi-lagi mereka yang nak dirikan rumahtangga lagi beberapa bulan, lagilah nak berdiet teruk.

Bila berdiet ini, macam-macam pantang larang yang akan kita dengar dan kongsikan. Ada yang kata tak boleh makan nasi, minyak ataupun gula. Semuanya kena cut! Itu belum lagi yang kena sukat itu ini. Eh pening kepala juga nak diet ini.

Lain pula kata Dr. Say Shazril yang mendedahkan pengambilan nasi, gula dan minyak dalam makanan harian tidak salah jika hendak menurunkan berat badan.

Menurut Dr. Say tiga jenis makanan itu bukan punca berat badan naik, namun cara pengambilannya menentukan kesihatan badan seseorang.


“Nak kurus? Jangan ambil nasi, gula & minyak. Mengarut!

“Biasa dengar larangan atas ni kalau korang nak kuruskan badan? Maka korang pun tadah melolong tanpa mempersoalkan kenapa.

“Mari saya tanya balik, korang rasa korang boleh tahan tak, hidup tanpa nasi, gula & minyak selama-lamanya? Kalau boleh mai mesej nama saya bagi gula sepaket free.

“Tak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak tu. Yang bersalah sekarang adalah bila korang ambil nasi, gula & minyak melebihi keperluan harian badan,” tulisnya.

Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.



Tambah Dr. Say lagi, untuk mengamalkan gaya hidup sihat, tiga jenis makanan itu perlu diambil dengan cara yang betul.

“Nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak & organ lain boleh berfungsi dengan baik. Minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin & banyak lagi.

“Macam mana nak tau keperluan harian badan? Boleh google je “daily calorie requirement” tapi kalau korag jenis nak mudah macam saya yang tak pernah kira calorie sepanjang hidup, ikut ja saranan @kementeriankesihatanmalaysia #sukusukuseparuh iaitu suku nasi, suku lauk & separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Nak kurus pun biarlah sihat dan seronok,” kongsinya lagi.

Buat mereka yang nak jaga badan dan berdiet tentu sahaja boleh tarik nafas lega selepas baca entri ini bukan. Selepas ini tak perlu bimbang nak makan gula, nasi dan juga minyak tapi yang penting kena ambil dengan cara yang betul.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen