3 Persediaan Terbaik Sebelum Melangkah Ke Alam Rumahtangga.

Kehidupan berumah tangga adalah suatu yang cukup besar kerana ia melibatkan dua insan dan seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Susah senang bersama, segala urusan perlu melibatkan suami dan isteri, banyak perkara yang sebelum ini dimiliki sendiri kini perlu dikongsi bersama dan pelbagai lagi. Betapa besarnya erti sebuah perkahwinan itu dan ia memerlukan persediaan yang rapi dan terbaik sebelum masuk ke dunia rumah tangga. Persediaan perlu dilakukan dari pelbagai sudut:



1. Persediaan ilmu agama.

Perkahwinan adalah sebuah ibadah. Ia adalah sunnah Ar-Rasul Nabi Muhamad saw. Oleh itu, ia tidak dapat lari dari perspektif agama. Seorang bakal suami atau isteri itu perlu teguh ilmu agamanya agar mereka sedar dan faham akan peranan serta tanggunjawab masing-masing. Berikut adalah cadangan beberapa persoalan yang boleh bakal suami atau isteri menanyakan pada diri sendiri, bukan pada bakal pasangan:



i. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?

ii. Adakah saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?

iii. Adakah saya membaca Al-Quran sekerap yang mungkin?

iv.  Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?

v.  Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?

vi.  Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?

vii. Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?

viii. Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?

Persiapan sebelum kahwin yang sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.



2. Persediaan ilmu rumah tangga.

Selepas kita telah mantapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan ibadah, penting juga kita mantapkan diri dengan ilmu rumah tangga dan pengurusannya. Terdapat pelbagai serta banyak ilmu yang perlu diterapkan dalam diri setiap bakal pengantin.

Ilmu kewangan.

Menguruskan kewangan sangat penting dalam rumahtangga. Ini bagi mengelakkan hilang keharmonian dalam sebuah keluarga kerana wang begitu penting dalam memudahkan segala urusan yang baik dalam sebuah keluarga. Ia menjamin masa hadapan bukan sahaja buat suami dan isteri, namun termasuk anak-anak yang membesar dan memerlukan segala perbelanjaan yang penting.



Ilmu pendidikan kanak-kanak.

Ilmu pendidikan kanak-kanak juga antara yang terpenting kerana pendidikan kanak-kanak bermula dari awal usia dan ia bermula di rumah. Ia membentuk karakter dan pemikiran seorang anak dan ia memberi kesan sehingga anak kecil itu dewasa.

Ilmu pengurusan harta.

Ilmu pengurusan harta adalah antara yang sering terlepas pandang oleh masyarakat kita, sedang ia penting di masa hadapan. Harta yang dimiliki oleh suami atau isteri biasanya akan seterusnya berpindah hak milik kepada pasangan ataupun anak-anak. Kerana kurang ilmu pengurusan harta ini, sebuah keluarga yang terbina berpuluh tahun boleh hancur dan musnah dengan dahsyatnya. Oleh tu, amat penting untuk bakal suami serta isteri mengambil langkah bijak dalam urusan harta agar keluarga yang dibina selamat hingga ke akhirat.

3. Persediaan mental.

Setiap bakal suami mahupun isteri perlu kuat dalam membuat persediaan mental. Sentiasa berfikiran positif dan banyakkan berdoa pada Allah. Ingat, waktu ini anda mudah diganggu oleh bisikan syaitan. Waktu ini syaitan bijak memainkan peranan mereka agar masjid yang bakal dibina ditangguhkan atau dibatalkan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak faktor di sekeliling kita yang tidak kita tahu apa yang akan terjadi serta ujian-ujian yang mendatang. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif dan yang paling penting letakkan kebergantungan anda pada Allah S.W.T. Minta Allah permudahkan segala urusan agar perkahwinan nanti dapat berjalan dengan baik dan yang paling penting diberkati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen