Tak Perlu Kata-Kata Yang Sweet Untuk Pikat Hati Wanita Ini, Tapi Kalau Lakukan Perkara Ini Confirm Melting.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan sememangnya suka layanan yang istimewa dan juga yang paling manis sekali. Sikap romantik dan sweet ini mampu mencairkan hatinya malah membuat dia jatuh hati pada anda. Bukan itu sahaja, mereka juga sukakan kata-kata yang manis untuk didengari.

Sebab itulah mereka ini suka akan lelaki yang bermulut manis kerana tahu ambil hati mereka. Ada banyak cara untuk kelihatan romantik dan bersikap manis pada seorang perempuan, malah ia tidak hanya berdasarkan kata-kata sahaja.



Kalau guna kata-kata mungkin sedikit meragukan keikhlasannya tapi kalau menggunakan perbuatan tentu sahaja ia lebih mudah. Jadi ini beberapa perbuatan yang membuatkan si dia cair kepada anda.

1. Beli sesuatu sebelum berjumpa dengannya.

Tidak kiralah dalam perjalanan pulang ke rumah atau berjumpa dengannya, jangan lupa untuk membeli sesuatu untuknya. Ini adalah tanda bahawa anda mengingati dirinya walaupun dimana anda berada. Walaupun anda memberinya perkara yang remeh macam makanan ringan, coklat ataupun minuman, tentu sahaja perkara ini telah mengembirakan hatinya.


2. Tidak perlu puji tinggi-tinggi cukup kalau kenalkan pada rakan-rakan anda.

Ada orang mungkin selesa memuji pasangannya dihadapan orang lain. Akan tetapi bagi seorang wanita itu bukannya perkara yang manis tetapi yang lebih manis buat mereka adalah apabila anda memperkenalkan dirinya kepada orang ramai seperti rakan-rakan atau keluarga anda. Dari situ lebih nampak ketulusan anda.



3. Anda sentiasa update padanya semua perkara.

Demi menggelakkan keraguan dan kebimbangan terbuku di hatinya, anda memberitahu segala info kepada dirinya untuk memastikan keadaan anda. Walaupun perkara ini nampak macam tak ada apa-apa tetapi bila difikirkan ia sebenarnya memberi makna buat dirinya. Dia tahu dia adalah antara orang penting buat diri anda.

4. Lembutkan suara bila bercakap.

Terdapat banyak cara untuk membuatnya terasa istimewa. Walaupun ini nampak biasa-biasa sahaja, tetapi bila anda menggunakan nada suara yang lembut dan berbeza sedikit dengan nada suara biasa anda tentu menyentuh hatinya. Perbezaan ini akan membuatkan dirinya terasa istimewa dan dihormati.



5. Lihat pada matanya bila bercakap.

Bila anda melihat matanya dan menunjukkan minat untuk mendengar dan berkongsi segala cerita kepadanya tentu membuatkan dia lebih bersemangat. Malah perbuatan ini akan membuatnya rasa lebih dihargai. Dalam diam dirinya juga boleh tersipu malu dan pipinya mula berwarna merah. Mana tidaknya seseorang yang dicintai melihatnya.

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Buat yang dah kahwin lagi mudah nak tunjukkan yang anda ini romantik dan sweet. Pengang tangan pun dah nampak sweet.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen