"Seorang Wanita Yang Menjaga Kehormatan Dirinya Dengan Baik Mendatangkan Pahala Buatnya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai wanita muslim, sudah tentu kita wajib menutup aurat dengan sempurna malah menjaga kehormatan diri. Walaupun dunia semakin maju, tetapi perkara sebegini bukannya dianggap old fashion sebaliknya ia adalah perkara wajib yang dilakukan seorang wanita yang beragama Islam.

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda :

الدُّنْيا مَتاعٌ، وَخَيْرُ مَتاعِ الدُّنْيا المَرْأَةُ الصّالِحَةُ
Maksudnya : “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. [HR Muslim (1467)]

Menjaga diri tidak kiralah dari cara berpakaian dan juga pergaulan itu tersangatlah penting. Nak-nak lagi, seorang wanita ini membawa maruah yang begitu tinggi nilainya. Bukan hanya maruah diri sendiri sahaja, akan tetapi maruah ibu bapa, ahli keluarga serta suaminya. Apabila anda tidak tahu menjaga ini dengan baik, bukan hanya anda sahaja yang mendapat kata-kata tidak elok, tetapi seluruh mereka juga kena tempias yang sama.


Imam al-Qurtubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadis tersebut dengan katanya :

إِذا نظر إِلَيْهَا سرته وَإِذا أمرهَا أَطَاعَته وَإِذا غَابَ عَنْهَا حفظته فِي نَفسهَا وَمَاله
Maksudnya : “Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (maruah suaminya) pada dirinya dan juga harta suaminya”. [Lihat : al-Dibaj ‘ala Sahih Muslim (4/85)]

Cara berpakaian melambangkan wanita muslim

Berpakaian mengikut trend itu tidak salah, tetapi perlu juga tahu batas-batasnya sebagai seorang perempuan. Jangan kerana pemakaian kita ini membuatkan diri kita kurang dihormati dan disegani. Sebagai wanita Islam, menutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali wajah dan juga tapak tangan.

Tak cukup dengan itu cara berpakaian pula hendaklah longgar tidak ketat hingga nampak tubuh badan, labuh sehingga menutupi dada serta punggung, dan tidak jarang yang menampakkan bayangan tubuh.



Cara bergaulan dengan berlainan jantina kena lebih berhati-hati

Begitu juga dengan cara anda bergaul. Sememangnya sekarang ini kita semua tidak boleh lari dari berjumpa dengan mereka yang berlainan jantina. Mana tidaknya, baik lelaki dan wanita sekarang sedang sama-sama berjuang untuk satu kerjayaan. Sebab itu, bila ditempat kerja, belajar serta dimana-mana tempat sekalipun kita akan berkawan dengan mereka.

Tetapi itu tidak bermakna kita boleh bermain tepuk tampar, sentuh menyentuh dengan sengaja bahkan tidak menjaga percakapan kita dengan mereka. Sebagai wanita, kita perlu menjaga pergaulan kita dengan mereka yang berlainan jantina ini. Jangan kerana perbuatan kita itu, ia mendatangkan kata-kata fitnah sehingga menjatuhkan maruah diri serta orang sekeliling kita.



Memelihara diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang diharamkan adalah merupakan antara tuntutan agama. Sebagaimana sabda Nabi SAW :

ما نَهَيْتُكُمْ عنْه فاجْتَنِبُوهُ، وَما أَمَرْتُكُمْ به فافْعَلُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya : “Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu” [HR Muslim (1337)]

Di antara sifat orang bertakwa dan beriman juga ialah mereka menjauhi daripada perkara yang dikhuatiri akan mengheret mereka kepada perkara yang haram. Abu Darda’ R.A. telah menghuraikan maksud takwa dengan katanya :

تمام التقوى : أن يتقي الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة، وحتى يترك ما يرى أنه حلال خشية أن يكون حراما، حجابا بينه وبين الحرام
Maksudnya : “Kesempurnaan takwa itu ialah apabila seorang hamba takutkan Allah sehinggakan dalam sekecil-kecil perkara (sebesar zarah) dan juga dia meninggalkan perkara yang halal kerana takut terjebak kepada yang haram, sebagai penghalang antara dirinya dengan perkara yang haram” [Lihat : Fathu al-Bari libni Rejab (1/16)]

Berdasarkan petikan artikel dari Mufti Wilayah Persekutuan, “setelah meneliti dalil-dalil yang telah dikemukakan, kami berpendapat bahawa apa yang telah dilakukan oleh perempuan tersebut dengan menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang isteri atau bukan adalah bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak iaitu menjauhi perkara-perkara yang haram serta boleh menjatuhkan institusi kekeluargaan. Malah, dia dijanjikan mendapat pahala atas apa yang telah dilakukannya itu.”

Jagalah batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja, sama ada lelaki mahupun perempuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Hal ini kerana sebagai seorang manusia, kita tidak dapat terhindar daripada melakukan dosa-dosa kecil akibat daripada perbuatan kita, sebagaimana sabda Nabi SAW :

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan pada setiap anak Adam bahagiannya daripada perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan perkataan, dalam keadaan nafsu berkeinginan dan membuak-buak, dan kemaluanlah yang akan membenarkan (perkara itu) atau menafikannya” [HR al-Bukhari (6612)]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen